Harian Metro

Fauzan rehat dua bulan akibat kemalangan

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 acara ujian masa berbasikal, Muhammad Fauzan Ahamd Lutfi

berdepan detik mencemaska­n apabila terbabit kemalangan sehingga menyebabka­n tengkuknya retak.

Kejadian itu berlaku sebelah pagi kelmarin ketika dia bersama beberapa rakan sepasukan menjalani latihan di Lebuhraya LEKAS sebagai persediaan ke temasya Sukan Asia, Ogos ini.

Katanya, segala-galanya berlaku terlalu pantas apabila dia yang sedang berlatih dengan rakan sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) gagal mengawal basikalnya kerana sedang berkayuh dengan kelajuan tinggi, terlanggar lori yang berhenti di bahu jalan.

“Lori itu memang berhenti

(gambar)

tapi saya tak sedar, itu yang menyebabka­n saya terlanggar,” katanya yang juga juara bertahan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix selama empat tahun berturut-turut.

Kecederaan itu memaksa Fauzan, 33, berehat sekurang-kurangnya dua bulan. Dia kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bagaimanap­un, dia yang pernah menyumbang emas acara trek di Sukan SEA 2005 Manila berkata, kejadian itu tidak mengganggu fokusnya untuk ke Sukan Asia.

“Insya-Allah kecederaan ini mungkin pulih dalam tempoh dua bulan dan selepas itu saya akan kembali berlatih seperti biasa.

“Tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya akan bina semula kekuatan fizikal dan mental selepas ini kerana menjadi harapan saya untuk menyumbang­kan sesuatu buat negara di Sukan Asia nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia