Harian Metro

Federer tempah slot ke suku akhir Masters ATP

-

Indian Wells, Amerika Syarikat: Pemain nombor satu dunia, Roger Federer

meneruskan prestasi cemerlang apabila mara ke suku akhir Masters ATP Indian Wells, semalam.

Pemain dari Switzerlan­d berusia 36 tahun itu yang memenangi gelaran ke-20 Grand Slam di Terbuka Australia pada Januari lalu menempah tempat ke peringkat lapan terbaik itu selepas menewaskan Jeremy Chardy 7-5, 6-4.

Kemenangan itu menyaksika­n Federer meneruskan deretan tanpa kalah kepada 15 perlawanan pada 2018 dan menghampir­i prestasi terbaiknya pada 2006 apabila merekod 16 aksi tanpa kalah dengan menang 33 daripada 34 perlawanan yang disertai.

“Ia hebat. Ia benar-benar tahun yang berbeza, dan untuk tahun-tahun yang seterusnya,” kata Federer. “Sebenarnya, saya sudah pun merasa cukup baik ketika di Australia.

“Saya tidak tahu sama ada ia adalah Australia atau tidak, mengambil kira daripada

(gambar)

segala kerja keras yang saya lakukan sebelum memasuki musim baru.”

Federer yang turut menjulang gelaran di Rotterdam pada bulan lalu sedang memburu gelaran keenam di Indian Wells.

“Ya, dan juga kemenangan di Rotterdam juga hebat. Saya amat gembira yang saya boleh memenangi kejohanan di sana, bukan kerana berjaya berada di separuh akhir dan mendapatka­n gelaran pemain nombor satu dunia.

“Dan di sini, saya lega yang saya mampu untuk memenangi tiga perlawanan. Kerana dalam undian yang besar, sukar seperti di Indian Wells, sukar untuk menjangkak­an sesuatu. Jadi saya hanya gembira kerana mendapat rentak yang baik.”

Di suku akhir, Federer yang juga penyandang juara akan bertemu pemain Korea Selatan, Chung Hyeon yang sebelum itu menyingkir­kan pilihan ke-30 Pablo Cuevas 6-1, 6-3.

Dalam satu lagi aksi pusingan empat itu, pemain Croatia Borna Coric melakukan sembilan servis ace untuk menewaskan pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz 6-2, 6-7 (6/8), 6-4. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia