Harian Metro

Iniesta bakal ke China

- AFP

Kylian Mbappe (gambar) meledak dua gol ketika pendahulu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Angers 2-1 dalam aksi Ligue 1, awal pagi semalam.

Sekali pun kehilangan pemain tengah veteran, Thiago Motta yang dilayangka­n kad merah di awal permainan, pemain Perancis berusia 19 tahun itu membuktika­n kualitinya apabila menjaringk­an kedua-dua gol pada babak pertama.

Motta diarah keluar padang seawal minit ke-16 selepas melakukan kekasaran ke atas pertahanan Angers, Romain Thomas pada aksi di Parc des Princes itu.

Tetapi empat minit sebelum itu, Mbappe sudah pun meletakkan PSG di depan susulan penyudah cukup baik selepas menerima hantaran Julian Draxler.

Ketiadaan Motta juga tidak menghalang pemain muda sensasi itu meledak gol keduanya pada minit ke-26 berpunca daripada gerakan Layvin Kurzawa sekali gus menambah jumlah jaringanny­a kepada 13 musim ini.

Angers yang dibimbing Stephane Moulin cuba bangkit apabila penjaring

terbanyak mereka, Karl Toko Ekambi merapatkan kedudukan pada minit ke-75.

Mbappe hampir menjaringk­an hatrik ketika permainan berbaki tujuh minit tetapi cubaannya sedikit tersasar dengan penjaga gol PSG, Kevin Trapp berjaya menafikan cubaan Toko Ekambi di lewat permainan.

Kemenangan adalah yang ke-16 berturut-turut buat PSG di laman sendiri yang menyaksika­n skuad kendalian Unai Emery itu memiliki kelebihan Barcelona: Kapten Barcelona, Andres Iniesta mendedahka­n menerima tawaran untuk berpindah ke China dan akan membuat keputusan mengenai masa depannya sebelum hujung bulan depan.

Pemain berusia 33 tahun yang diserap daripada akademi remaja Barca sudah membuat lebih 400 penampilan bersama gergasi Catalan itu dan menandatan­gani ‘kontrak seumur hidup’ dengan kelab itu pada Oktober lalu.

Begitupun selepas kemenangan 3-0 Barca ke atas Chelsea, awal pagi semalam yang mengesahka­n tempat buat kelab Sepanyol itu ke suku akhir Liga Juara-Juara, Iniesta mengakui masa depannya mungkin bersama pasukan lain.

“Sebelum 30 April saya perlu membuat keputusan sama ada saya masih di Barcelona atau pergi ke China. Saya perlu menilai apa yang terbaik buat saya dan kelab,” katanya.

“Ia adalah

keputusan yang saya akan bincang dengan kelab terlebih dulu dan kemudian kamu akan mengetahui­nya. Saya akan membuat keputusan sebelum 30 April.”

Iniesta dikaitkan dengan kelab Tianjin Quanjian tetapi kelab Liga Super China itu pada minggu ini mengatakan khabar angin itu sebagai ‘palsu’ dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang untuk menafikann­ya.

Iniesta menjulang trofi Liga Juara-Juara sebanyak empat kali dan menjuarai La Liga sebanyak lapan kali bersama Barcelona. - AFP besar 17 mata di depan pasukan tangga kedua, Monaco.

“Kami mahukan gelaran dan kami terus berada di landasan untuk mendapatka­nnya. Kejuaraan amat penting kerana ia memberi gambaran terhadap tahap konsisten kami sepanjang musim ini,” kata Emery.

“Saya fikir pasukan menampilka­n reaksi yang baik terhadap ketiadaan Motta. Kami bergelut pada minit-minit terakhir tetapi kami layak untuk meraih kemenangan. Saya amat gembira dengan tindak balas pasukan hari ini.”

PSG selepas ini turut dijadual bertemu Monaco pada final Piala Liga di Stade de France, 31 Mac ini. AFP

 ?? Andres Iniesta ?? Saya akan bincang dengan kelab terlebih dulu dan kemudian kamu akan mengetahui­nya. Saya akan membuat keputusan sebelum 30 April”
Andres Iniesta Saya akan bincang dengan kelab terlebih dulu dan kemudian kamu akan mengetahui­nya. Saya akan membuat keputusan sebelum 30 April”
 ??  ?? INIESTA (kiri) diasak pemain Chelsea dalam saingan semalam.
INIESTA (kiri) diasak pemain Chelsea dalam saingan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia