Harian Metro

‘LUAR BIASA’

- AFP

Barcelona

 Conte optimis penghujung karier Messi di Nou Camp

Antonio Conte berkata, beliau percaya Lionel Messi akan setia bersama Barcelona sepanjang kariernya selepas bintang Argentina itu meranapkan harapan Chelsea dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Messi, 30, meledak dua gol dan mencipta satu umpanan bagi jaringan Ousmane Dembele ketika gergasi Catalan itu menewaskan Chelsea 3-0 di Nou Camp untuk mara dengan agregat 4-1.

Dua jaringan itu menyaksika­n Messi menambah jumlah jaringanny­a dalam kempen Liga Juara-Juara kepada 100 gol dengan gol pertama yang disumbat selepas 129 saat perlawanan berlangsun­g adalah terpantas sepanjang kariernya.

Messi kerap dikaitkan dengan perpindaha­n membabitka­n jumlah cukup lumayan ke kelab di Liga Perdana Inggeris tetapi Conte yakin penyerang itu akan menggantun­g but di Barcelona.

“Saya fikir Leo mahu kekal sehingga penghujung kariernya dengan Barcelona,” kata Conte. “Kita bercakap mengenai situasi yang mustahil. Saya ulangi, kita perlu menghormat­i pemain ini.

“Kita bercakap mengenai pemain yang menakjubka­n. Saya fikir dia mahu kekal di Barcelona sehingga penghujung kariernya. Saya fikir ia adalah sesuatu yang tepat untuknya.

“Dia bersama rakan sepasukann­ya menulis cerita yang hebat di Barcelona.”

Selepas perlawanan berakhir,

Conte meninggalk­an padang sambil memeluk bahu Messi tetapi skuad kendaliann­ya turut berpeluang untuk mencipta jaringan tetapi segala peluang dinafikan oleh tiang gol terutama daripada Marcos Alonso dan Antonio Rudiger.

Alonso juga merasakan dia sepatutnya mendapat sepakan penalti pada babak kedua selepas dijatuhkan oleh Gerard Pique tetapi dinafikan oleh pengadil.

Di luar padang, Barcelona berkemungk­inan berdepan soalan daripada badan induk, UEFA mengenai tindakan penyokong mereka sebelum perlawanan di luar stadium.

Chelsea menasihatk­an mana-mana penyokong mereka yang berdepan dengan masalah di Nou Camp untuk menghubung­i kelab itu.

“Kami sedar dengan laporan mengenai insiden di luar stadium sebelum perlawanan di mana beberapa peminat Chelsea mengalami kecederaan.

“Kami meminta peminat untuk menghubung­i kami untuk menceritak­an pengalaman mereka ketika tiba di stadium supaya kami boleh membawa perkara ini kepada pihak berkuasa,” kata jurucakap Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia