Harian Metro

Tiga trofi buruan Bayern musim ini

-

Istanbul: Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes berkata, skuad kendaliann­ya ketika ini ‘lapar’ untuk melengkapk­an kempen musim ini dengan menjulang tiga trofi. Pengendali veteran Jerman itu berkata demikian selepas gergasi Bundesliga itu melengkapk­an kemenangan besar secara agregat 8-1 ke atas Besiktas, awal pagi semalam, sekali gus mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Bayern menewaskan Besiktas 3-1 pada aksi kedua peringkat 16 terbaik di laman lawan yang juga rekod 11 kemenangan berturut-turut diraih kelab itu dalam semua kejohanan di bawah kendalian Heynckes.

Heynckes yang membawa Bayern menjuarai Liga Juara-Juara pada 2013 sebelum bersara dan keluar daripada persaraan musim ini begitupun memuji Besiktas dan peminat mereka dengan berkata, tidak mudah untuk pasukannya meraih kemenangan itu.

“Sekali pun perlawanan pertama adalah 5-0, ia tidak mudah. Normal untuk pasukan merasa selesa dari masa ke semasa dan kini kami menunjukka­n persembaha­n yang diinginkan.

“Tetapi untuk menjaringk­an dua gol di peringkat 16 terbaik dan ia menunjukka­n betapa bagusnya pasukan yang kami miliki,” kata pengurus veteran itu.

Sambil mengakui tidak kisah siapa yang bakal ditentang pada aksi suku akhir selepas sesi undian esok, Heynckes begitupun berkata, Bayern ketika ini mensasarka­n tiga piala selepas berada di landasan baik untuk melengkapk­an gelaran Bundesliga dan berada di separuh akhir Piala Jerman.

“Sudah tentu kami lapar (melengkapk­an tiga kejuaraan). Kami mahu Liga Juara-Juara, kami amat bertekad dan kami juga mahukan Piala Jerman. Tetapi pertamanya kami perlu fokus terhadap sasaran di depan kami.”

Bayern boleh mengesahka­n gelaran keenam berturut-turut Bundesliga pada minggu ini. Satu-satunya perkara negara buat Heynckes ialah kecederaan yang menimpa tonggak tengahnya, Thiago Alcantara yang terpaksa dikeluarka­n di awal permainan akibat kecederaan. - Reuters

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia