Harian Metro

Selesa mara suku akhir ketujuh berturut-turut

-

nich kemenangan 3-1 ke atas Besiktas pada aksi timbal balik kedua peringkat 16 terbaik, semalam.

Kemenangan itu menyaksika­n juara Jerman itu melangkah selesa ke peringkat suku akhir buat tahun ketujuh berturut-turut menerusi agregat besar 8-1.

Bagi jurulatih Bayern, Jupp Heynckes yang menggantik­an Carlo Ancelotti pada Oktober lalu, ia adalah kemenangan ke-11 berturut-turut untuknya dalam kempen Liga Juara-Juara yang juga rekod baru kejohanan.

“Ia adalah keputusan yang meyakinkan,” kata Heynckes. “Besiktas tidak pernah tewas di sini dalam aksi Liga Juara-Juara jadi ia bukannya mudah.

“Kami menjaringk­an gol pada masa yang tepat dan adalah normal apabila kami sedikit menurun, hilang sedikit fokus selepas menang 5-0 kerana kami adalah manusia.

“Satu-satunya perkara negatif hari ini ialah kami mengutip begitu banyak kad kuning,” katanya selepas pertahanan, Jerome Boateng, Mats Hummels dan Rafinha kesemuanya dilayangka­n kad kuning.

Selepas Thiago meledak gol pembukaan pada minit ke-18, gol sendiri oleh pemain Besiktas, Gokhan Gonul meletakkan Bayern mendahului 2-0 pada awal babak kedua.

Ketinggala­n 7-0 secara agregat, tuan rumah akhirnya berjaya meraih gol pertama menerusi Vagner Love pada minit ke-59 tetapi Bayern melengkapk­an hari cemerlang dengan menjaringk­an gol ketiga menerusi pemain gantian, Wagner pada minit ke-84 yang juga penampilan sulungnya di Liga Juara-Juara.

“Ia benar-benar perlawanan yang sengit,” kata kapten Bayern, Thomas Mueller. “Kami banyak kehilangan bola, terutama pada babak kedua dan kami tidak memperoleh struktur permainan yang kami harapkan.” AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia