Harian Metro

Khabar gembira untuk Kane

- AFP

 Penyerang Spurs dijangka bebas kecederaan bulan depan

Harry Kane yang berharap untuk kembali beraksi secepat mungkin memperoleh khabar gembira apabila Tottenham mengesahka­n tonggak Piala Dunia England itu dijangka pulih daripada kecederaan buku lali pada bulan depan.

Kane dipapah keluar pada babak pertama perlawanan bertemu Bournemout­h, minggu lalu ketika Tottenham ketinggala­n 0-1, tetapi skuad kendalian Mauricio Pochettino bangkit untuk menang 4-1 dan melangkah ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kecewa untuk tidak dapat beraksi sehingga bulan depan, tetapi kecederaan adalah sebahagian daripada perlawanan,” kata Kane menerusi laman Twitter.

“Saya akan melakukan apa saja untuk kembali bermain secepat mungkin.”

Kecederaan Kane yang menghadirk­an risiko rehat panjang mencetus kebimbanga­n buat England menjelang Piala Dunia 2018 di Russia yang berbaki kurang tiga bulan saja lagi.

“Penilaian awal mengesahka­n bahawa Kane mengalami kecederaan ligamen di sisi pergelanga­n kaki kanannya,” kata Tottenham di laman web mereka.

“Penyerang England itu mengalami kecederaan susulan terjahan ketika kemenangan 4-1 menentang Bournemout­h pada Ahad dan dijangka kembali ke latihan pasukan utama pada bulan depan.”

England memulakan kempen Piala Dunia pada 18 Jun menentang Tunisia sebelum menghadapi Panama dan Belgium dalam Kumpulan C.

Sekali pun berita itu positif buat

England, ia tetap satu tamparan bagi Tottenham dalam usaha memburu kedudukan empat tempat teratas

EPL untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Kane akan terlepas aksi suku akhir Piala FA bertemu Swansea pada Sabtu ini selain perlawanan persahabat­an England menentang Belanda dan Itali, bulan ini. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia