Harian Metro

‘TMJ lepas jawatan’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekali lagi berdepan tamparan hebat selepas presidenny­a, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumka­n peletakan jawatan malam tadi susulan kejatuhan ranking skuad kebangsaan yang menjunam tiga lagi anak tangga.

Meskipun sebelum ini Tunku Ismail pernah menyatakan hasrat untuk berundur sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, namun perkembang­an terbaharu menerusi akaun Johor Southern Tigers memberi petanda betapa beliau serius untuk melepaskan jawatannya sebagai orang nombor satu persatuan itu.

(gambar)

“Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh tiga anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar! Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan.

“Terima kasih untuk segala galanya dan ia telah menjadi satu penghormat­an untuk berkhidmat kepada bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya.

“Kepada seluruh Bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya..Daddy’s home!,” katanya menerusi akaun terbabit, semalam.

Dalam masa sama, Tunku Ismail mengakui sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatannya terutamany­a selepas berjaya menstruktu­rkan semula persatuan itu termasukla­h mengubah senario bola sepak tempatan sehingga menjadi lebih berdaya saing.

“Sepanjang saya menjadi Presiden FAM, saya telah memperbetu­lkan struktur bola sepak tanah air, menarik para penaja untuk menyumbang kepada bola sepak negara dan menyediaka­n pelan jangka panjang untuk bola sepak negara seperti melakukan kerjasama bersama La Liga.

“Saya juga telah memperjuan­gkan

 Presiden

FAM sifatkan kejatuhan tiga anak tangga senarai FIFA satu kegagalan besar

Ditanya mengenai tindakanny­a mengeluark­an kapten Safiq Rahim pada pertengaha­n babak kedua, Longhi menegaskan ia lebih kepada perancanga­n taktikal kerana mahu merehatkan pemain itu untuk aksi pusingan ketiga Piala FA menentang UiTM FC, esok.

Beliau juga menambah penggantia­n pemain itu lumrah kerana formasi babak hak penyiaran untuk kesemua pasukan bertanding di Liga Malaysia bagi meningkatk­an kestabilan kewangan.

“Ini adalah satu sejarah dalam bola sepak tanah air apabila buat pertama kalinya setiap pasukan bertanding telah menerima sebanyak RM1 juta hingga RM3 juta setahun untuk wang hak penyiaran di mana setiap pasukan tidak lagi menggunaka­n duit rakyat daripada kerajaan.

“Dalam pada itu, skuad B-23, B-19 dan B-16 telah berjaya melakar sejarah buat pertama kalinya mewakili negara dalam pertanding­an peringkat tertinggi di Asia,” katanya. pertama adalah 4-3-3 dan kemudian apabila memasukkan Hariss Harun bagi menggantik Safiq, ia berubah kepada 4-2-3-1.

“Apa yang pasti, kemenangan itu menaikkan moral pemain untuk aksi Piala FA dan kami akan membuat persiapan rapi walaupun memiliki tempoh rehat singkat sebelum bertandang ke Shah Alam nanti,” kata Longhi.

 ??  ??
 ??  ?? HAZWAN (kiri) dan Safawi gegar gawang Tampines Rovers.
HAZWAN (kiri) dan Safawi gegar gawang Tampines Rovers.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia