Harian Metro

Kunci jentera tengah Helang Merah

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Pahang perlu mengunci jentera tengah Kedah jika mahu mengutip kemenangan apabila kedua-dua pasukan bertemu pada pusingan ketiga Piala FA di Stadium Darul Makmur, di sini, esok.

Pemain tengah skuad Tok Gajah, Nor Azam Azih

berkata, kekuatan Helang Merah di bahagian tengah itu perlu dikekang menerusi komitmen padu rakan sepasukan.

Katanya, biarpun skuad kendalian Ramon Marcote tidak berada pada prestasi terbaik termasuk tewas 3-4 kepada Kuala Lumpur pada aksi Liga Super, ia tidak bermakna Pahang mudah meraih kemenangan.

“Kami akui Kedah begitu mantap di bahagian tengah kerana mereka memiliki pemain berpengala­man seperti Baddrol Bakhtiar, Liridon Krasniqi, Andik Vermansyah dan Akhyar Rashid.

“Sudah pasti kami perlu lebih berhati-hati dalam mengawal permainan untuk memastikan jentera tengah mereka gagal memainkan peranan.

“Pada masa sama, peluang yang ada akan dilakukan dengan sebaik mungkin untuk mendapatka­n jaringan awal sebagai motivasi,” katanya.

(gambar)

Nor Azam yang dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan turut bersemanga­t untuk memastikan Pahang mengisi slot suku akhir piala berprestij itu.

“Kejayaan membenam Negeri Sembilan 4-0 diharap membantu memperkasa­kan pasukan sambil dibantu sokongan padu penyokong,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia