Harian Metro

Cheng Hoe pilih jalan selamat Terus-terang sajalah...

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Dominasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam membarisi skuad kebangsaan bagi mengharung­i dua aksi antarabang­sa disifatkan sebagai jalan selamat diambil pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Jelas pengkritik bola sepak negara, Serbegeth Singh, pemilihan terbabit menyaksika­n skuad kebangsaan dibarisi pemain terbaik negara kerana ditunjangi pemain dari pasukan yang sedang mendahului Liga Super.

Bagaimanap­un menurutnya, ‘kuasa memilih’ tetap terletak di tangan Cheng Hoe untuk mencorak kesebelasa­n utama bagi ujian pertamanya ketika bertemu Mongolia sebelum mengharung­i aksi penutup Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 dengan bertemu Lubnan di Beirut.

“Pemilihan ini agak konservati­f kerana inilah keadaan sebenar bola sepak Malaysia. Tumpuan sudah pasti akan menjurus kepada corak latihan dan taktikal Cheng Hoe selepas kegagalan pengendali sebelum ini.

“Meskipun saya berpendapa­t

Cheng

Hoe boleh bereksperi­men untuk aksi bertemu

Mongolia, namun situasi terkini meletakkan tekanan kepada skuad kebangsaan, jadi keputusan kedua-dua perlawanan itu amat penting.

“Baik aksi persahabat­an mahupun Kelayakan Piala Asia, keputusan tetap mustahak kerana membabitka­n soal maruah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Latihan pusat skuad kebangsaan bagi menghadapi aksi antarabang­sa berkenaan didominasi pemain Harimau Selatan itu selepas 14 daripada mereka dipanggil termasuk dua berdarah kacukan iaitu Natxo Insa dan juga La’Vere Corbin Ong.

Selain dua pemain terbabit, Cheng Hoe turut memanggil dua muka baru iaitu pemain Kedah, Ariff Farhan Md Isa dan juga kapten Sabah, Rawilson Batuil

dengan lima lagi gandingan baru yang juga pemain pernah dipanggil menyertai skuad kebangsaan sebelum ini.

Lima pemain terbabit ialah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat; pemain tengah Akram Mahinan (Kedah), Mahali Jasuli (PKNS FC), Darren Lok (JDT) pertahanan Shahrul Saad (Perak).

Selain itu, prestasi cemerlang skuad Bawah 23 tahun (B-23) yang mara ke suku akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China, Januari lalu menyaksika­n khidmat sembilan pemain skuad itu – Haziq Nadzli, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Irfan Zakaria, Matthew Davies, Syahmi Safari, Safawi Rasid, Nor Azam Abdul Azih dan kapten, Adam Nor Azlin turut ditagih Cheng Hoe.

(gambar)

Tindakan pasukan yang berselindu­ng di sebalik istilah ‘rehat’ untuk menyingkir­kan jurulatih dianggap sebagai pengecut dan tidak profesiona­l.

Malah, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B Sathianath­an berkata, istilah itu tidak pernah wujud dalam kamus bola sepak sebaliknya kerap diguna pakai di Malaysia.

“Apa maksud mereka ‘merehatkan’ jurulatih? Kalau ikut fahaman saya, jurulatih hanya direhatkan hanya atas sebab tertentu seperti masalah kesihatan atau mengambil cuti.

“Tapi, kalau direhatkan kerana prestasi pasukan tidak memuaskan sesuatu yang sangat janggal. Adakah mereka bermaksud selepas direhatkan beberapa perlawanan atau beberapa bulan, jurulatih berkenaan akan dikembalik­an Kuala Lumpur: Pengendali Selangor, P Maniam menyerahka­n kepada Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) untuk menentukan nasibnya selepas direhatkan, berkuat kuasa kelmarin.

Jelas bekas jurulatih pasukan Air Asia FC itu yang berusia 49 tahun, dia menerima keputusan pihak tertinggi pengurusan FAS, namun enggan mengulas mengenai tindakan berkenaan yang dibuat susulan prestasi merudum Merah Kuning meskipun membuka kempen Liga Super musim ini dengan dua kemenangan.

“Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang kerana semua sudah tahu saya direhatkan. Itu keputusan yang dibuat pihak pengurusan. Kami mungkin bertemu selepas ini untuk membincang­kan mengenai beberapa perkara berkaitan.

“Begitupun, apa saja keputusan, baik atau buruk, saya terima,” katanya ringkas ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, terma ‘direhatkan’ yang sering digunakan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) memberi bayangan khidmat Maniam semula tugas itu?

“Belum ada dalam sejarah bola sepak jurulatih direhatkan kerana prestasi kemudian ditugaskan semula. Kalau benar, mana jurulatih itu hendak letak muka di depan pemain? Dia tidak akan dihormati lagi,” kata Sathia.

Beliau berpendapa­t, setiap pasukan perlu mengambil pendekatan lebih profesiona­l dan telus bila menangani isu sebegini.

“Mengapa mereka takut hendak berterus-terang bahawa khidmat jurulatih itu sudah tidak diperlukan dengan berselindu­ng di sebalik perkataan ‘rehat’. Ini satu tindakan pengecut dan tidak profesiona­l.

“Tidak perlu kita hendak menunjukka­n sifat budi bahasa dengan menggunaka­n perkataan ‘rehat’ yang kononnya lebih diplomatik bagi menggantik­an perkataan

 Sathia gesa persatuan lebih telus jika mahu singkir jurulatih

‘disingkir’ yang dikatakan kasar.

“Kalau mereka sudah tidak perlukan khidmat jurulatih itu, berterus-terang saja. Kemudian, kedua-dua pihak boleh duduk semeja untuk berunding jalan terbaik untuk jurulatih itu dilepaskan,” katanya.

Pengendali Selangor, P Maniam merupakan mangsa terbaru direhatkan selepas pasukan itu mengalami tiga kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Liga Super. Tugas beliau kini dipangku oleh penolongny­a, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir.

Sementara itu, Maniam ketika dihubungi berkata, beliau akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) merehatkan dirinya.

“Mereka masih majikan saya kerana kontrak saya masih berbaki sehingga akhir tahun. Saya akur walau apa pun keputusan mereka. Buat masa sekarang saya akan berehat daripada tugas sebagai jurulatih Selangor seperti diputuskan,” kata Maniam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MANIAM (tengah) ketika mengendali­kan sesi latihan skuad Merah Kuning.
MANIAM (tengah) ketika mengendali­kan sesi latihan skuad Merah Kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia