Harian Metro

‘Terima saja keputusan FAS’

-

kemungkina­n besar tidak diperlukan seperti mana kebanyakan jurulatih yang direhatkan sebelum ini apabila mereka tidak kembali mengendali­kan pasukan.

Semalam, Maniam yang juga bekas pemain skuad The Red Giants era 1990-an bakal menjadi ‘mangsa’ ketiga yang perlu melepaskan jawatannya musim ini selepas FAS mengambil keputusan merehatkan Maniam susulan tiga kekalahan berturut-turut dalam saingan liga.

Setakat ini, dua jurulatih pasukan Liga Super sudah ‘terkorban’ meskipun saingan baru memasuki lima perlawanan. Sathit Bensoh dipecat oleh Kelantan, manakala pengendali Negeri Sembilan, Jorg Steinebrun­ner meletakkan jawatan sebelum digantikan Mohd Azraai Khor Abdullah.

Perkembang­an membabitka­n Maniam itu disahkan Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad yang menegaskan keputusan berkenaan terpaksa diambil selepas penilaian menyeluruh dibuat mengenai kemerosota­n prestasi Selangor, sekali gus menyaksika­n tugas mengendali­kan pasukan diserahkan kepada pembantu jurulatih, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir sebagai pemangku.

“Kami sudah berbincang hari ini (semalam) dan selepas meneliti prestasi keseluruha­n pasukan, kami mengambil keputusan untuk merehatkan Maniam. Keputusan ini bukan keputusan individu tetapi dicapai secara kolektif.

“Namun, kami belum membincang­kan untuk mendapatka­n jurulatih baru kerana prestasi pasukan perlu dinilai terlebih dahulu. Sebarang keputusan lanjut akan dimaklumka­n kemudian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia