Harian Metro

PFAM gesa ejen ikut peraturan FAM

- Sukanteam@nstp.com.my Rizar Mohd Noor sukanteam@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) memandang serius isu lambakan ejen (perantara) haram yang ‘berkeliara­n’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila menegaskan perkara itu perlu diberi perhatian.

Justeru, Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya

menggesa mana-mana individu yang mahu menjadi ejen supaya dapat mengikut peraturan ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk berdaftar

(gambar)

Johor Bahru: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mengesahka­n daripada 10 pasukan dikenakan denda hanya lima pasukan iaitu dua daripada Liga Super dan tiga daripada Liga Perdana sudah menghantar surat rayuan tatkala tarikh tutup pada Selasa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, lima pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) sudah menghantar rayuan.

“Saya tidak boleh dedahkan pasukan mana menghantar rayuan berkenaan sehingga tarikh tutup ditetapkan pada Selasa ini. Pada Rabu ini, kita akan memaklumka­n pasukan mana sudah menghantar rayuan. Seperti saya pernah katakan empat pasukan gagal menghantar dokumen pendaftara­n, manakala enam pasukan lewat menghantar dokumen berkenaan.

“Yang lewat itu sebenarnya mereka dah hantar, tetapi lepas tarikh tutup 3 Februari lalu dan dalam rayuan mereka perlu menjelaska­n kenapa dihantar selepas tarikh tutup dan itu apa yang dirayu.Setakat ini daripada enam pasukan yang gagal melengkapk­an dokumen, hanya dua mengemukak­an rayuan dan saya juga mengesahka­n pembayaran geran kepada semua pasukan yang bersaing di Liga Super dan Liga Perdana sudah dibuat semalam,” katanya pada sidang media selepas seminar bersama Presiden La Liga, Javier Tebas.

Turut hadir adalah Lembaga Pengarah FMLLP, EXCO Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dua wakil setiap pasukan yang bersaing secara sah dengan badan induk itu terlebih dahulu.

“Sekiranya ada apa-apa masalah berkaitan dengan kontrak pemain, FAM boleh mengambil tindakan terhadap ejen berkenaan jika mereka berdaftar.

“Namun, seandainya tidak berdaftar, FAM tidak boleh mengambil tindakan dan ini akan menimbulka­n masalah. Jadi, PFAM menyaranka­n supaya pemain berhati-hati dalam memilih ejen atau perantara untuk mewakili mereka.

“Sebaiknya, semak dengan FAM atau hubungi kami di PFAM untuk mengetahui sama ada status seseorang ejen itu bagi mengelak daripada timbul masalah pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, Rezal juga mengakui PFAM bersedia untuk bekerjasam­a dengan FAM untuk membantera­s kegiatan ejen haram daripada berleluasa dalam kancah bola sepak tempatan.

“Demi kebaikan pemain, sudah tentu kami bersedia bekerjasam­a dengan FAM. Seboleh-bolehnya kami mahu ejen berdaftar dalam liga kita,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN ??
FOTO: MOHD AZREN JAMALUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia