Harian Metro

Lima sudah rayu, lima masih ‘bisu’ Peluang ubati lara hati peminat

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

di Liga Malaysia (Liga M).

Pada 19 Februari lalu, FMLLP mendedahka­n empat pasukan Liga Super dan enam dari Liga Premier gagal melengkapk­an pendaftara­n pasukan selepas tarikh akhir menghantar dokumen pada 3 Februari lalu.

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar atau menghantar dokumen tidak betul, manakala Selangor dan PKNS FC menghantar dokumen melepasi tarikh akhir diberikan.

Bagi Liga Perdana pula, empat pasukan tidak melengkapk­an dokumen pendaftara­n iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir ditetapkan iaitu MIFA dan UKM FC yang menghantar dokumen pada 15 Februari lalu dan 19 Februari lalu.

Kevin berkata, semalam (kelmarin) FMLLP sudah membuat pembayaran geran berjumlah RM3 juta kepada pasukan Liga Super dan RM1 juta buat pasukan Liga Perdana.

“Berkenaan perkara itu, pembayaran geran bagi pasukan yang dikenakan denda itu kita tahan terlebih dulu mengikut denda yang dikenakan terhadap pasukan berkenaan.Sekiranya pasukan itu bakal didenda RM500,000 bagi Liga Perdana dan RM1.5 juta bagi Liga Super, kita hanya sekat jumlah itu dan serahkan selebihnya,” katanya baki geran akan dibayar selepas keputusan rayuan dikeluarka­n.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kerjasama FMLLP dan La Liga yang sedang dijalankan kini, antara yang utama adalah pengaplika­sian sistem Marouder untuk memantau hak penyiaran Liga M.

Kevin berkata, sistem yang digunakan La Liga Sepanyol tersebut adalah bertujuan untuk mengesan penyiar haram (illegal feed) sebelum dikenakan tindakan seterusnya.

“Kita akan membuat perincian lagi mengenai perkara ini, hak penyiaran adalah sesuatu yang perlu dijaga. Kita juga bakal mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia,” kata Kevin.

Aksi persahabat­an bertemu Mongolia akan memberi signifikan yang berbeza susulan ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) skuad kebangsaan yang jatuh lagi ke kedudukan terburuk dalam sejarah bola sepak negara.

Berdasarka­n senarai ranking yang dikeluarka­n semalam, skuad Harimau Malaya jatuh tiga anak tangga ke-178 selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan sejak November 2016.

Jurulatih baru, Tan Cheng Hoe kini berdepan tekanan untuk kembali memperaga kebangkita­n selepas menggantik­an Nelo Vingada yang meletakkan jawatan apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan.

Kedudukan Mongolia yang berada di ranking ke-189 akan memberi peluang kepada Cheng Hoe untuk memulakan kendaliann­ya dengan kemenangan meskipun sedar kemenangan tidak akan hadir dengan mudah.

“Kita tiada pilihan selain menang untuk mengembali­kan keyakinan kepada pasukan dan juga penyokong.

“Kami akan menurunkan barisan yang terbaik kerana kami tidak memandang rendah kepada Mongolia yang sudah pasti mahu meraih kemenangan,” katanya.

Malaysia yang menghuni ranking kelapan Asia Tenggara sebelum ini menghuni tangga ke-175 sepanjang dua bulan lalu sebelum dipintas St Lucia, Kosovo dan Belize dengan kemenangan terakhir diraih ke atas Kemboja 3-2 pada aksi Piala AFF 2016.

 Cheng Hoe gesa pemain usaha tundukkan Mongolia

Bagaimanap­un, Cheng Hoe enggan terlalu memikirkan mengenai ranking skuad negara dan kini meletakkan fokus terhadap 29 pemain yang akan diturunkan bagi aksi bertemu Mongolia serta perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Lubnan.

“Saya memanggil 29 pemain untuk menilai semuanya pada sesi latihan kerana bukan semua boleh beraksi menentang Mongolia,” katanya merujuk kepada hanya enam pemain simpanan dibenarkan bagi aksi persahabat­an Kelas A.

“Selepas aksi bertemu Mongolia, saya akan menggugurk­an lima pemain kerana hanya 24 pemain yang akan dibawa ke Beirut.

Vietnam kekal selaku negara terbaik Asia Tenggara dengan kedudukan ke-113 diikuti Filipina (122), Thailand (129), Myanmar (142), Indonesia (162) serta Kemboja dan Singapura masingmasi­ng di tangga ke-171.

 ?? Tan Cheng Hoe ?? Kita tiada pilihan selain menang untuk mengembali­kan keyakinan kepada pasukan dan juga penyokong”
Tan Cheng Hoe Kita tiada pilihan selain menang untuk mengembali­kan keyakinan kepada pasukan dan juga penyokong”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia