Harian Metro

ZIZAN DILAMAR PRODUKSI INDONESIA

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Tanyalah mana-mana pelakon di dalam dunia ini adakah mereka mahu dikenali di luar negara selain negara sendiri?

Jawapannya pasti ya. Begitu juga dengan pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak.

Sepanjang pembabitan­nya sebagai pelakon, Zizan sudah membintang­i lebih 20 filem dan kebanyakan­nya memegang watak utama.

Menilai dari segi kredibilit­i dan jumlah filem dibintangi, sudah tentu tiada masalah untuk bintang kelahiran Dungun, Terengganu ini mencuba nasib di negara jiran.

Baru-baru ini, Zizan dilamar membintang­i sebuah filem Indonesia menggandin­gkannya dengan pengacara popular negara seberang itu, Raffi Ahmad.

Ibarat orang mengantuk disorongka­n bantal, Zizan nyata bersedia menjayakan filem itu sebaik mungkin. Kredibilit­i lakonan Siti Elizad tidak perlu dipertikai lagi.

Selepas kembali menyinar menerusi drama Teman Lelaki Upahan tiga tahun lalu, nama Elizad terus menjadi bualan peminat.

Terbaru, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddi­n, 34, yang melakonkan watak Sabrina dalam drama Syurga Yang Kedua berjaya menghantui hidup penonton.

Drama yang memaparkan kehidupan poligami itu memaparkan bagaimana Sabrina sebagai isteri pertama perlu bertahan demi cinta dan kasih terhadap suami.

Apa yang menarik, watak Sabrina itu bukan saja ditunggu pada setiap episod, malah Elizad akui di luar juga dipanggil dengan nama itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia