Harian Metro

Terbawa-bawa ‘Sabrina’ ke rumah

-

masalah. Bagi saya, ini satu perkembang­an positif.

“Ketika mendapat tawaran melakonkan watak ini, saya bimbang jika tidak dapat memberikan yang terbaik seperti cerita asal. Namun, saya yakinkan diri untuk buat dengan cara tersendiri.

“Kalau nak tahu, disebabkan terlalu menyelami jiwa Sabrina, saya terbawa-bawa ke rumah. Mainan emosi Sabrina terlalu kuat sehinggaka­n suami juga tegur. Ternyata perkara sama juga dialami penonton apabila masing-masing meletakkan diri sebagai Sabrina,” katanya.

Menurut Elizad, watak Sabrina juga memerlukan ketahanan mental dan emosi kerana memerlukan dia menangis hampir setiap hari.

“Jika penonton pun merasai kesedihan hidup Sabrina, apatah lagi saya yang melakonkan­nya. Boleh dikatakan hampir setiap babak memerlukan saya menangis. Pendek kata, saya perlu kuat dari segi mental dan fizikal.

“Memang penat sebab kena menangis, tetapi mengenangk­an watak ini yang pada masa sama perlu menunjukka­n kekuatan, saya perlu menyampaik­an jiwa berkenaan. Saya tidak boleh kalah dengan air mata,” katanya.

Tidak mahu jadi seperti Sabrina

Secara realitinya Elizad cuba mengelak menjadi seperti Sabrina yang hidup bermadu.

Menurut Elizad, dia percaya tidak ada manamana wanita yang sanggup berkongsi kasih dan sayang lebih-lebih lagi dengan rakan sendiri.

“Sepanjang drama ini ditayangka­n, saya jadi paranoid dengan diri sendiri. Malah, jika suami memegang telefon, saya akan bertanya siapa yang menelefon atau menghantar mesej. Saya takut jika dia ada orang lain.

“Secara peribadi, saya tidak mahu jadi seperti Sabrina. Saya tidak sanggup bermadu. Walaupun apa yang dipaparkan dalam drama ini adalah realiti kehidupan kita, tidak semua boleh menerima keadaan ini.

“Kalau nak tahu, saya jadi marah dengan watak Sabrina kerana terlalu baik. Kalau saya di tempat Sabrina, sudah lama saya tinggalkan dia,” katanya.

Elizad akui, dia tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya pada masa akan datang suaminya ingin berkahwin lain jika soal anak menjadi alasan utama.

“Walaupun suami tidak pernah bercakap soal ini, saya sentiasa ingatkan diri sendiri. Malah suami pernah kata, sekiranya perkahwina­n kami tidak dikurniaka­n anak, dia reda kerana sebelum ini sudah memiliki dua anak hasil perkahwina­n terdahulu.

“Namun, jauh di sudut hati saya percaya suami juga inginkan zuriat sendiri bersama saya. Bagaimanap­un, saya menyerahka­n perkara ini kepada rezeki Allah. Doakan saja yang terbaik untuk kami. Setiap masa saya berdoa agar suatu hari nanti dapat merasai nikmat menjadi ibu,” katanya.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin berkahwin pada 11 Januari 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia