Harian Metro

Lawak siapa paling kelakar

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Siapakah yang akan bergelar juara Gegar Lawak edisi sulung? Persoalan itu akan terjawab malam ini apabila pentas akhir Gegar Lawak bakal digegarkan dengan persembaha­n lima finalis iaitu Padil, Eyya, 2B, Kiut dan Abata.

Lapan minggu bersiaran mempertaru­hkan idea masing-masing, lima peserta bertuah ini akan membuat dua persembaha­n bertemakan muzikal dan bebas untuk meraih gelaran juara serta meraih wang tunai berjumlah RM50,000.

Berbicara mengenai peluang masing-masing, kelima-lima finalis ini mengambil jalan selamat apabila merendah diri dan menganggap setiap orang mempunyai peluang bergelar juara.

Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini atau Eyya, 22, satu-satunya finalis wanita mengakui konsistens­i amat penting bagi mempamerka­n persembaha­n mantap bagi memikat juri profesiona­l dan penonton di rumah.

“Biasanya saya akan dapat idea awal, tapi pasti akan tukar pada saat akhir. Kadang-kadang di atas pentas, datang pula idea spontan.

“Selalunya saya akan hubungi keluarga di Sabah untuk kongsi idea saya. Sekiranya mereka ketawa, saya percaya penonton pun boleh ketawa,” katanya.

Eyya mengakui cabaran beraksi seorang diri agak besar berbanding peserta berkumpula­n.

“Komedi bersendiri­an agak susah kerana saya tak dapat bantuan sesiapa. Setiap kali beraksi saya hanya nak buat yang terbaik dan layak ke akhir adalah satu bonus,” katanya yang berhasrat mengikut jejak Jihan Muse sebagai pelawak wanita popular.

Lokman Harmin, 36, dan Ismawira Bahdun (Weera, 31) dari kumpulan 2B pula kerap digandingk­an bersama dalam teater arahan Raja Azrey Raja Kamaruzzam­an sebelum ini.

“Kami pernah buat teater antaranya Tiga Budak Hitam, Bukan 404, Pocong Bukit Pasir dan banyak lagi tapi Gegar Lawak amat berbeza konsepnya.

“Cabaran peserta lain terutama Kiut amat kuat. Momentum semua peserta juga makin meningkat pada separuh akhir. Kami

5 finalis buat persembaha­n bertemakan

muzikal dan bebas pada final Gegar Lawak edisi sulung

malam ini

 ??  ?? KIUT
KIUT
 ??  ?? 2B
2B
 ??  ??
 ??  ?? ABATA
ABATA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia