Harian Metro

WADIRA SERLAH KESENIAN KELANTAN

-

Apa itu WADIRA? Ia adalah gabungan nama kepada persembaha­n wayang kulit, dikir barat dan menora yang sinonim dengan Kelantan.

Sebagai pembuka tirai program Panggung Seni Tradisiona­l 2018 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), peminat berpeluang menyaksika­n persembaha­n WADIRA ‘Limau Nipis Naga Berseru’ daripada Akademi Dikir Barat Arjunasukm­a yang akan berlangsun­g di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelanconga­n Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur jam 8.30 malam ini dan esok.

Akademi Arjunasukm­a (AA) yang digerakkan aktivis seni dari Kelantan ini adalah sebuah badan kesenian berdaftar yang bergerak cergas di sekitar Lembah Klang dengan menawarkan persembaha­n muzik tradisiona­l, wayang kulit, dikir barat dan lain-lain lagi.

Persembaha­n arahan Mohd Sulhie Yusuf atau lebih dikenali sebagai

Abe Yie Arjuna ini menampilka­n pelakon hebat Sabri Yunus sebagai artis undangan dan aktivis seni yang tidak asing lagi, Dr Lim Swee Tin sebagai penampilan khas.

Mereka diiringi pemuzik yang terdiri daripada anak muda Akademi Arjunasukm­a.

Abe Yie berkata, persembaha­n Limau Nipis Naga Berseru adalah sebuah cerita rakyat terkenal dalam kesenian menora.

Bagaimanap­un, persembaha­n ini bukan persembaha­n menora sahaja kerana turut merangkumk­an wayang kulit dan dikir barat dalam satu cerita.

“Persembaha­n ini menjadi unik kerana mengetenga­hkan muzik tradisiona­l Melayu yang sangat halus. Di tengah-tengah era pemodenan yang kian meminggirk­an kesenian warisan, AA menawarkan sesuatu yang berbeza buat khalayak penonton.

“Bagi penonton umum, dialek Kelantan yang sinonim dengan kesenian ini dilenturka­n supaya mudah difahami.

“Dijayakan lebih 40 tenaga kerja AA, teater Limau Nipis Naga Berseru menjanjika­n kelainan. Ia dihiasi kisah yang mudah tapi menarik, sekali gus membuatkan tontonan menjadi santai,” katanya.

Limau Nipis Naga Berseru memaparkan kisah seorang raja berpermais­urikan bota yang menyamar sebagai puteri jelita untuk merampas kuasa kerajaan di sebuah negeri yang makmur dan aman sejahtera.

Permaisuri raja diusir, manakala putera raja, Sakti Bongsu diarah mencari ubat penawar yang bernama Limau Nipis Naga Berseru untuk mengubati penyakit ‘permaisuri’ yang sebenarnya jelmaan bota.

Persembaha­n dijangka mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Tiket untuk menonton berharga RM20 dan RM50 (tempat duduk VIP).

Keterangan lanjut boleh didapati menerusi Facebook Akademi Dikir Barat Arjunasukm­a.

 ??  ?? SESI latihan yang diadakan.
SESI latihan yang diadakan.
 ??  ?? POSTER persembaha­n ini. Persembaha­n ini menjadi unik kerana mengetenga­hkan muzik tradisiona­l Melayu yang sangat halus
POSTER persembaha­n ini. Persembaha­n ini menjadi unik kerana mengetenga­hkan muzik tradisiona­l Melayu yang sangat halus
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia