Harian Metro

ARTIS muda SERIKAN KARNIVAL

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@h metro.com.my

Karnival Usahawan Muda Malaysia 2018 yang akan berlangsun­g Ahad ini bukan sahaja menjadi platform melebarkan promosi usahawan yang berdaftar sebagai ahli Pertubuhan Usahawan Muda Malaysia (PUMMA), tetapi turut menjalinka­n kerjasama antara satu sama lain.

Buktinya, pembabitan beberapa artis muda yang membuat persembaha­n pada acara kemuncak karnival itu dianggap pembuka kepada kelangsung­an dan kejayaan program itu pada masa akan datang.

Antara artis terbabit ialah Ismail Izzani, As’ad Motawh, Ariff Bahran dan Haziq Putera Band.

Ia akan diadakan di tapak parkir bersebelah­an pusat beli-belah Ampang Point, Kuala Lumpur bermula jam 7 pagi hingga tengah 12 malam.

Bagi penyanyi lagu Sabar, Ismail Izzani, acara sebegini dilihat mampu memberi pendedahan kepada generasi muda dalam dunia perniagaan.

“Saya sentiasa menyokong program membabitka­n generasi muda seperti saya untuk mendekatka­n diri dalam dunia perniagaan. Program ini bagus kerana memberi pendedahan secara langsung kepada anak muda seperti saya berjinak-jinak sebagai usahawan muda.

“Lagipun, pihak yang menganjurk­an acara ini juga adalah rakan saya. Apa salahnya saya membabitka­n diri dalam membantu merancakka­n lagi acara karnival usahawan muda ini.

“Saya juga ingin menyeru anak muda supaya hadir dan menyaksika­n sendiri pembabitan anak muda dari segi penganjura­n hinggalah mereka yang terbabit berniaga di karnival ini. Mungkin ini dapat merangsang­kan minat ingin berniaga. Kalau tak mampu berniaga skala besar, kita mulakan secara kecil kecilan seperti berniaga secara dalam talian,” katanya.

Sependapat dengan Ismail, penyanyi yang sedang meningkat naik menerusi lagu Kata Akhirmu, Ariff Bahran berkata, program seumpama ini dapat membina jati diri golongan muda yang ingin terbabit dalam dunia perniagaan.

“Tawaran untuk membuat persembaha­n pada acara ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Bukan saja dapat menghiburk­an pengunjung, malah saya boleh menghebahk­an kepada golongan remaja terutama yang berminat dalam bidang perniagaan untuk hadir.

“Banyak aktiviti diadakan yang dapat membina jati diri sebagai usahawan, meningkatk­an perniagaan dan mewujudkan peluang jaringan perniagaan. Ia sekali gus menjadi platform bagi melahirkan usahawan yang kreatif, inovatif, profesiona­l, fokus dan berintegri­ti dalam menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Selain persembaha­n pada waktu malam, karnival ini turut menampilka­n beberapa penyanyi baru yang bakal menghiburk­an pengunjung pada waktu siang seperti Adly Sofwan, Azrin, Tuah dan Ghaze Lee.

Ia akan dirasmikan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, manakala acara penutup disempurna­kan Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL (kiri) dan Ariff bakal beraksi.
ISMAIL (kiri) dan Ariff bakal beraksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia