Harian Metro

Dapat permintaan

-

DARI MUKA 1

Statistik pembanguna­n industri menganggar­kan bilangan premis burung walet meningkat daripada 50,000 premis kepada 63,000 dalam tempoh Dasar Agromakana­n Negara (DAN) 2011-2020.

Sehubungan itu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menerusi anak syarikatny­a, NAFAS Sialin (M) Sdn Bhd menghasilk­an SBW melalui jenamanya iaitu Peladang.

Ketua Pegawai

Eksekutif NAFAS Sialin, Datuk Sia Swee Seng berkata, produk hiliran SBW yang sebelum ini tertumpu pada pasaran China kini turut mendapat permintaan dari serata dunia.

Beliau berkata, peningkata­n positif itu membuktika­n asas yang kukuh dari segi keupayaan negara mengeluark­an

SBW sehingga menerajui pasaran dunia.

“Pengeluara­n SBW terbahagi kepada dua jenis iaitu SBW mentah (mentah, tidak bersih) dan SBW bersih (mentah, bersih).

“SBW dihasilkan daripada air liur burung terbabit dan disebabkan bulu serta kotoran di udara melekat pada permukaan air liurnya yang masih basah menyebabka­n kebersihan sarangnya terjejas.

“Kualiti kebersihan produk SBW antara aspek paling penting yang dititikber­atkan. Mengikut cara tradisiona­l, sarang burung dibersihka­n tanpa diceraikan, namun, cara pembersiha­n tradisiona­l ini tidak dapat membersihk­an sarang burung dengan sempurna dan tidak dapat mencapai tahap kebersihan yang tinggi.

“Jadi kita perlu mematuhi garis panduan penyediaan produk

SBW yang berkualiti bagi mencapai tahap kebersihan yang meyakinkan,” katanya ketika ditemui di kilang NAFAS Sialin di Tangkak, Johor, baru-baru ini.

Menurutnya, produk SBW Peladang adalah tulen dan dijamin kebersihan selain mengekalka­n khasiatnya.

“Khasiat SBW yang

 ??  ?? PROSES membentuk semula acuan SBW.
PROSES membentuk semula acuan SBW.
 ??  ?? PEKERJA mencabut dan mengasingk­an bulu kasar serta halus.
PEKERJA mencabut dan mengasingk­an bulu kasar serta halus.
 ??  ?? PEKERJA NAFAS Sialin menunjukka­n SBW yang sudah siap untuk jalani proses pembungkus­an.
PEKERJA NAFAS Sialin menunjukka­n SBW yang sudah siap untuk jalani proses pembungkus­an.
 ??  ?? SBW yang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak.
SBW yang sudah siap dimasukkan ke dalam kotak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia