Harian Metro

Keropok ayam tanpa perisa tambahan

-

Hasil penyelidik­an dijalankan MARDI bakal

dipasarkan dalam masa terdekat

berkata, produk barunya itu yang akan dipasarkan sekitar Jun atau Julai depan dijangka mendapat sambutan hangat pelanggan kerana ia dihasilkan tanpa menggunaka­n perisa tambahan.

Beliau berkata, sebagai syarikat pengeluar makanan, pihaknya terpanggil untuk mengeluark­an makanan ringan yang diperbuat daripada 100 peratus isi ayam segar tanpa penggunaan sebarang perisa seperti lambakan produk sedia ada di pasaran.

“Untuk permulaan, kami menyasarka­n penghasila­n 4,000 tin keropok lekor ayam dalam sehari selepas menerima kelengkapa­n peralatan dan mesin pembuatan.

“Keropok lekor ayam ini dihasilkan dalam tiga bentuk yang berbeza iaitu segi empat, bulat dan ‘popcorn’ dengan dua saiz pembungkus­an seberat 40 dan 70 gram,” katanya.

Zaleha yang mempunyai kilang memproses keropok lekor di kawasan Perindustr­ian Chendering, akan memasarkan produk di 43 kios Leko-Leko miliknya di seluruh negara.

“Saya yakin keropok lekor ayam ini mampu menambat hati semua lapisan masyarakat dengan harga berpatutan yang ditawarkan bermula dari RM2 hingga RM4 bagi pasaran tempatan.

“Dalam perancanga­n akan datang, saya mahu memasukkan produk ini di bawah Program Galakan Eksport Bumiputera yang dilaksanak­an SME Corp dengan kerjasama MARA untuk pasaran ke luar negara,” katanya.

 ?? Nawi ?? NAWI (tengah) bersama peserta selepas pelancaran inovasi produk keropok ayam. Produk keropok lekor ayam ini akan dihasilkan oleh usahawan MARA iaitu syarikat Sinku Food Industries Sdn Bhd
(Sinku) untuk memproses dan memasarkan produk berkenaan
Nawi NAWI (tengah) bersama peserta selepas pelancaran inovasi produk keropok ayam. Produk keropok lekor ayam ini akan dihasilkan oleh usahawan MARA iaitu syarikat Sinku Food Industries Sdn Bhd (Sinku) untuk memproses dan memasarkan produk berkenaan
 ??  ?? NAWI (dua dari kiri) bersama tetamu menunjukka­n tanda bagus selepas pelancaran inovasi produk keropok ayam.
NAWI (dua dari kiri) bersama tetamu menunjukka­n tanda bagus selepas pelancaran inovasi produk keropok ayam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia