Harian Metro

Fiesta mega rumpai laut

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dengan kerjasama Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI) akan menganjurk­an fiesta mega rumpai laut yang dikenali sebagai ‘Seaweed Splash 2018’, pada 30 Mac hingga 1 April ini di Semporna, Sabah.

Dijangka lebih 5,000 penggiat industri ini akan berhimpun di Semporna sekali gus mempromosi­kan sektor pertanian setempat sebagai kawasan pelanconga­n agro.

Program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitka­n penggiat rumpai laut, penjawat awam dan sektor swasta akan berterusan sepanjang tahun ini.

Ia bertujuan mempromosi­kan industri rumpai laut di Sabah bagi membantu meningkatk­an permintaan dan pendapatan penternak sekali gus membantu meningkatk­an harga semasa rumpai laut selain meluaskan potensi pasaran tempatan dan eksport.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, Sabah yang terletak di kawasan segi tiga batu karang antara penyumbang kepada pengeluara­n rumpai laut merah (Rhodophyce­ae) spesies Kappaphycu­s spp dan Eucheuma spp bagi penghasila­n biopolimer marin iaitu karagenan yang terbesar selepas Filipina dan Indonesia.

Beliau berkata, pada 2016, kira-kira 206,000 tan metrik rumpai laut (berat basah) bernilai RM44 juta (data borong) dihasilkan dan perusahaan ini menjadi sumber pendapatan kepada hampir 1,200 penternak di kawasan pengkultur­an rumpai laut di perairan Sabah seperti di Semporna, Kunak, Tawau dan Lahad Datu yang berkeluasa­n 13,000 hektar.

“Di bawah Dasar Agromakana­n Negara (DAN), rumpai laut dikenal pasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi yang diberi tumpuan untuk menyumbang kepada pengeluara­n ikan dan eksport negara.

“Atas dorongan itu,

Projek Permulaan Ketiga (EPP 3) Mini Estet dan Kluster diwujudkan di bawah Program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)-Pertanian bagi memacu pembanguna­n rumpai laut berskala komersial yang diterajui sektor swasta.

“Di samping itu, usaha terus dilaksanak­an bagi meningkatk­an pengeluara­n dan produktivi­ti penternak sedia ada,” katanya di Putrajaya, baru-baru ini.

Munir berkata, sebanyak 10 syarikat peneraju (lapan di Semporna dan dua di Kunak) juga dilantik di bawah projek Mini Estet manakala enam kluster (lima di Semporna dan satu di Tawau) yang ditubuhkan bagi menggabung­kan pengusaha kecil sedia ada secara berkelompo­k.

“Program ini berjaya meningkatk­an pendapatan pengusaha melebihi RM1,500 sebulan melepasi tahap kemiskinan.

“Kajian penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) mampu menghasilk­an nilai tambah kepada produk rumpai laut.

Antara penyelidik­an yang dijalankan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) membuktika­n rumpai laut Semporna adalah yang terbaik kerana mengandung­i kandungan gel karagenan berkualiti tinggi,” katanya.

Menurutnya, Jabatan Perikanan (DOF) dengan kerjasama SIRIM dan

Jabatan Standard Malaysia turut mengeluark­an garis panduan prosedur operasi standard (SOP) bagi Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) ternakan rumpai laut.

“Sehingga kini, lebih 50 ladang projek Kluster

Lok Buton Semporna sudah berjaya mendapat pensijilan MyGAP,” katanya.

Jangka kumpul 5,000 penggiat industri

di Semporna pada 30 Mac hingga 1 April ini

 ??  ?? MUNIR (tiga dari kiri) diberi taklimat jenis rumpai laut oleh ketua Kluster Lok Buton.
MUNIR (tiga dari kiri) diberi taklimat jenis rumpai laut oleh ketua Kluster Lok Buton.
 ??  ?? TIMBALAN Ketua Setiausaha (MOA) Badrul Hisham Mohamad cuba menuai rumpai laut.
TIMBALAN Ketua Setiausaha (MOA) Badrul Hisham Mohamad cuba menuai rumpai laut.
 ??  ?? PENDUDUK Semporna mengasingk­an rumpai laut di pelantar pengeringa­n.
PENDUDUK Semporna mengasingk­an rumpai laut di pelantar pengeringa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia