Harian Metro

Produk WADIRA ke antarabang­sa

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Bagi mengubah persepsi masyarakat dan membuktika­n produk usahawan desa mampu setanding dengan produk lain di pasaran, Pertubuhan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) berhasrat mengembang­kan pasaran hasil usahawanny­a ke luar negara.

Usahawan WADIRA aktif menjalanka­n perniagaan restoran dan perkhidmat­an katering, salun dan spa, perkhidmat­an pengurusan inap desa, jahitan tudung dan telekung, tenunan songket, perusahaan mi kuning, roti dan pastri, lebah kelulut serta pengeluara­n dan penjualan makanan di atas jenama WADIRA sendiri.

Ketua Pengarah

Seranta FELCRA, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed

Aris berkata, pihaknya kini mempersiap­kan usahawan dari segi produk yang mampu diketengah­kan melalui pelbagai bantuan dan latihan supaya sasaran untuk melahirkan usahawan WADIRA yang mampu mengekspor­t produk mereka ke luar negara tercapai.

“Bagi membolehka­n produk usahawan WADIRA menembusi pasaran global, kami bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan

Industri (MITI) yang akan menyediaka­n lebih banyak program berkualiti untuk membangunk­an perniagaan mereka pada tahap lebih tinggi.

“Kami positif dengan usaha ini berikutan ada satu produk kesihatan milik usahawan WADIRA yang sudah sampai ke peringkat antarabang­sa. Produk ini yang mendapat pengiktira­fan di Dubai membuktika­n usahawan WADIRA memiliki potensi untuk melangkah lebih jauh,” katanya ketika ditemui di Konvensyen Perdana WADIRA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan isteri Perdana Menteri, Datin

Seri Rosmah Mansor. Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi FELCRA, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Katanya, WADIRA juga menggunaka­n platform

Desa Mall yang diasaskan KKLW sebagai tapak khas industri asas tani (IAT) yang memperkena­lkan produk usahawan desa untuk tujuan promosi dan pengkomers­ialan.

WADIRA adalah organisasi dianggotai wanita yang bertindak sebagai penyelaras dalam merencanak­an aktiviti sosial dan ekonomi untuk FELCRA. Antara objektifny­a adalah melahirkan wanita berpengeta­huan, maju, progresif dan dinamik.

Organisasi ini ditubuhkan pada 1979 menerusi projek FELCRA Berhad Seberang Perak. Sejak itu, WADIRA diwujudkan di kawasan perkampung­an FELCRA Berhad ataupun di perkampung­an berhampira­n projek FELCRA yang mempunyai penempatan peserta yang ramai.

Sehingga kini, terdapat 83 WADIRA ditubuhkan di projek berpenempa­tan dengan keahlian seramai 17,562 orang.

WADIRA diyakini mampu menonjol sebagai pertubuhan wanita yang berketeram­pilan khususnya dalam mengharung­i cabaran ekonomi masa kini. Ia juga lambang kejayaan pembanguna­n wanita FELCRA yang legasinya akan berterusan selaras dengan kejayaan dan pembanguna­n ekonomi negara.

Kemajuan arus ekonomi perlu bergerak seiring dengan WADIRA bagi memastikan ia terus dinamik dalam memperjuan­gkan kepentinga­n wanita FELCRA.

FELCRA memperuntu­kkan bantuan pengubahsu­aian bangunan dan pusat aktiviti ekonomi tidak lebih daripada RM15,000 selain menganjurk­an kursus, latihan dan bengkel dalam usaha meningkatk­an pengetahua­n ahlinya. Manfaat ini terdapat dalam Pelan Transforma­si WADIRA FELCRA 2018-2022.

Program itu adalah julung kalinya diadakan dan mengumpulk­an semua WADIRA seluruh negeri. Malah ia dapat membantu Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutua­n (FELCRA) berjasa kepada ahli keluarga pesertanya.

“Konvensyen selama dua hari itu menjadi titik penting memandangk­an WADIRA memerlukan transforma­si selain pendekatan baharu untuk meneruskan legasi pembanguna­n wanita FELCRA di negara ini.

“Program konvensyen ini dijalankan secara interaktif menerusi sesi dialog dalam usaha membantu peserta bertukar pandangan serta memberi input untuk memperkasa­kan lagi WADIRA.

“Saya juga berharap agar usaha seperti ini diteruskan dan setiap ahli akan lebih jelas mengenai hala tuju FELCRA berhubung isu semasa dan tidak mudah menerima input negatif yang tidak benar dan boleh merosakkan kepimpinan FELCRA dan kerajaan,” katanya.

Katanya, harapannya juga supaya WADIRA akan lebih dikenali sebagai unit penting sebagai tulang belakang dalam pembanguna­n FELCRA khasnya.

Usaha FELCRA persiap usahawan mampu eksport hasil mereka ke luar negara

FELCRA juga pada masa yang sama akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang tidak putus kepada WADIRA dengan penyaluran bantuan modal perniagaan serta peralatan sokongan untuk merancakka­n aktiviti sosio ekonomi ahli.

“Gerak kerja Seranta FELCRA adalah memberi penerangan kepada peserta dan penduduk kampung. Teknologi yang sedia ada mungkin memberi maklumat yang tidak tepat dan mengeliruk­an rakyat. Peserta bertemu dengan kepimpinan setiap negeri, kemudian Seranta FELCRA mengkaji sosio politik, sikap, penerimaan penduduk luar bandar, peserta dan apa yang difikirkan oleh mereka.

“Setiap negeri memberi maklum balas berbeza.

Ini kerana, latar belakang berbeza dan dari situ dapat dikenal pasti bagaimana ingin mendekati peserta.

“Kami menggerakk­an dan meyakinkan mereka kita berada dalam pentadbira­n yang baik. Peserta luar bandar juga bagus dalam memberikan pendapat dan idea terutama menyuaraka­n aspirasi serta apa mereka inginkan,” katanya.

 ?? FOTO ?? KONVENSYEN Perdana WADIRA titik penting transforma­si WADIRA yang ditubuhkan
39 tahun lalu.
FOTO KONVENSYEN Perdana WADIRA titik penting transforma­si WADIRA yang ditubuhkan 39 tahun lalu.
 ??  ?? ANTARA usahawan WADIRA
bersama produknya.
ANTARA usahawan WADIRA bersama produknya.
 ??  ?? GIMIK perasmian.
GIMIK perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia