Harian Metro

Pengalaman agro enam hari

-

Langkawi (LADA).

Selepas menempuh perjalanan lebih lima jam dari Kuala Lumpur, peserta singgah di lokasi pertama iaitu ke ladang nipah Ismail Che Kar yang terletak di Jalan Kuala Sedaka, Yan.

Rombongan turut dijamu air nira dan laksa Kedah yang popular di negeri itu. Kemudian, peserta bergerak ke Kompleks Latihan MADA bagi meneruskan aktiviti menanam padi dan menuba ikan.

Aktiviti seterusnya, melawat ladang mempelam tobiar, industri asas tani (IAT) Bizz @ MADA Corp, Tam Teh Kampung Stay, pelancaran karavan, lawatan ke muzium padi dan Keriang Hill Resort, pembuatan wau, demonstras­i mesin potong padi dan pengumpula­n jerami oleh MNH Harvester.

Peserta berpeluang menikmati makan tengah hari di Mak Teh Gulai Temenung dan ladang nipah Khipli di Perlis sebelum berangkat ke Langkawi untuk melihat Laman Padi dan Taman Agroteknol­ogi MARDI Langkawi untuk melihat pelbagai jenis tanaman buah-buahan.

Pada hari terakhir, peserta dibawa meninjau ladang mempelam harumanis milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya, Perlis dan Pusat Kraf MADA sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Uzaidi berkata, objektif program ini ialah untuk mempromosi destinasi pelanconga­n agro domestik yang menarik, mempromosi juga kebudayaan dan kesenian penduduk tempatan serta mempromosi sejarah dan warisan tempatan.

Beliau berkata,

RTA adalah program berkonsepk­an di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sektor pelanconga­n.

“Kami percaya dan yakin strategi kerjasama begini akan memberi impak yang besar kepada sektor pelanconga­n serta dapat menjimatka­n kos.

“Selain itu, program ini juga dapat mencetuska­n lebih banyak peluang lain bagi membantu ekonomi tempatan terutama kepada penduduk di luar bandar,” katanya.

 ??  ?? ROMBONGAN menaiki tram melawat ladang mempelam tobiar.
ROMBONGAN menaiki tram melawat ladang mempelam tobiar.
 ??  ?? PESERTA diberi peluang membubu ikan.
PESERTA diberi peluang membubu ikan.
 ??  ?? PESERTA menikmati buah-buahan di MARDI Langkawi.
PESERTA menikmati buah-buahan di MARDI Langkawi.
 ??  ?? LAMAN padi di Langkawi.
LAMAN padi di Langkawi.
 ??  ?? PESERTA diberi peluang menanam padi.
PESERTA diberi peluang menanam padi.
 ??  ?? PEKERJA MADA menunjukka­n teknik cantuman mempelam tobiar.
PEKERJA MADA menunjukka­n teknik cantuman mempelam tobiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia