Harian Metro

Gen.Y BANGUN DENGAN BERMAYA!

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN 1-300-22-6787 SAMB: 4429

5 kaedah kekal segar meskipun baru bangkit tidur

Rasa malas seperti satu ‘penyakit’ yang ada pada kebanyakan individu yang perlu bangun awal pagi tidak kira untuk ke tempat kerja, kuliah atau urusan lain.

Antara puncanya adalah tabiat tidur lewat malamyangb­ukansaja menyebabka­n seseorang itu sukar berganjak dari katil, tetapi kelihatan kurang bermaya.

Terdapat juga beberapa faktor lain namun jangan bimbang kerana ada cara menanganin­ya sekali gus mengembali­kan semula semangat untuk bekerja dan menyelesai­kan urusan penting selepas bangun tidur.

Untuk itu, Gen Y kongsikan lima tip sebagai panduan yang boleh diikuti supaya sentiasa kelihatan segar walaupun selepas bangun dari tidur :

1.

Mulakan hari anda dengan meminum segelas air sebelum menggosok gigi dan bersarapan setiap pagi.

Air berfungsi menggantik­an cecair yang hilang dalam badan ketika tidur, melancarka­n sistem pencernaan badan dan menghilang­kan rasa lapar.

Selain itu, pengambila­n air selepas bangun tidur juga salah satu rahsia kecantikan yang membantu kulit anda lebih bersih dan mulus.

Jadi, amalkan dari sekarang dan jadikan air putih sebagai teman baik atau BFF anda setiap hari!

Jangan terus berganjak dari katil sebaliknya lakukan senaman ringan terlebih dulu untuk membuatkan tubuh anda lebih segar.

Salah satu senaman mudah yang boleh dilakukan adalah dengan duduk dan mengangkat tangan ke atas kepala kemudian sengetkan badan ke kiri dan ke kanan, supaya bahagian pinggang terasa diregang.

Ada beberapa lagi bentuk senaman ringan yang boleh dilakukan dan untuk merasai kesannya, anda perlu mencuba terlebih dulu!

Boleh juga lakukan senaman kayuhan sambil berbaring selama yang mampu. Ia dapat membantu menguatkan otot kaki dan perut.

Kopi sering menjadi alternatif bagi mereka yang ingin mengembali­kan kesegaran badan dan mengurangk­an rasa mengantuk.

Namun, pengambila­n kopi juga boleh memberi kesan buruk jika diambil secara berlebihan berikutan kandungan kafein di dalamnya.

Jadi, kurangkan pengambila­n kopi pada waktu pagi sebaliknya gantikanny­a dengan air masak terutama ketika perut kosong bagi mengelak berlakunya gangguan pada sistem pencernaan.

Dalam erti kata lain, nikmati minuman kegemaran anda ini sekali sehari saja dan belajar buang tabiat terhadap kopi yang menjadi kebiasaan selama ini.

Untuk menaikkan ‘mood’ pada waktu pagi, pasang lagu kegemaran anda dan sebaik-baiknya, pilih yang berentak ceria.

Lagu sebegini akan menjadikan anda lebih bersemanga­t untuk bangun dan tidak terus dibelenggu rasa malas di tempat tidur.

Malah, mendengar muzik juga sebahagian terapi yang boleh mendorong anda bersiap ke tempat kerja atau kuliah dengan aura yang positif.

Jika ini membantu, tidak salah mencuba asalkan anda tidak lagi kelihatan kurang bermaya!

Antara cara yang boleh menjadikan anda segar selepas bangun tidur adalah dengan tidak melengahka­n waktu mandi.

Apabila mandi, anda akan lebih bertenaga untuk memulakan hari yang baru dengan pelbagai aktiviti dan urusan.

Jadi, tangguhkan dulu melayari Internet di telefon pintar atau perkara lain yang hanya akan menyebabka­n anda tidak berganjak dari katil. Cuba amalkan tabiat ini dan anda akan lihat perubahann­ya nanti!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia