Harian Metro

MISI 7 PASUKAN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Tujuh pasukan terdiri daripada 115 penuntut terpilih mew akili Malaysia dalam cabaran Shell Eco Marathon (SEM) Asia 2018 yang bermula dari 8 hingga 11 Mac lalu.

Mereka terdiri daripada penuntut enam universiti aw am dan sw asta iaitu Monash University Malaysia, Multimedia University Kampus Melaka, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Pengurus Negara dan Hubungan Luar Shell

Malaysia Nimmi Kamal berkata, cabaran itu diadakan bersempena penganjura­n Festival Make The Future Singapore dan pihaknya amat berbesar hati kerana dapat bekerjasam­a dengan universiti dan penuntut yang mengambil bahagian.

“Lebih 120 pasukan daripada 18 negara Asia Pasifik dan Timur Tengah mengambil bahagian dalam cabaran tahun ini yang menguji kebolehan peserta untuk mereka bentuk, membina dan memandu kereta cekap tenaga.

“Penganjura­n SEM adalah platform untuk memberi galakan dan pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada golongan muda mengenai aspek sains, tek nologi, tenaga dan bidang kejurutera­an.

“Secara tidak langsung, merek a dapat menerok a dunia baru, mengembang­kan idea dan menguji minda dengan menghasilk­an inovasi bermanfaat untuk masa depan yang mampan,” katanya.

Menurut Nimmi, bidang Sains, Tek nologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) diterapkan dalam cabaran berkenaan bagi memberi peluang kepada peserta untuk menganalis­is mak lumat diterima dan memahaminy­a berdasarka­n pengalaman mereka sendiri.

Menerusiny­a, SEM dapat memainkan peranan dalam membangunk­an keupayaan penuntut untuk mengintera­sikan pengetahua­n merentasi subjek selain menggalakk­an mereka berfikir secara logik dan holistik.

“Penganjura­n SEM boleh dianggap melangkaui sempadan menerusi pembelajar­an yang lebih relevan dan membolehka­n penuntut mempelajar­inya berdasarka­n situasi semasa.

“Ini seiring dengan aspirasi kerajaan untuk Transforma­si Nasional 2050 (TN50) ke arah memacu negara mencapai visi berada di kelompok 20 negara yang diiktiraf dalam bidang inovasi dan k reativiti,” katanya.

Tahun ini, Pasukan Monash

SEM Asia 2018 uji kebolehan mereka bentuk, membina dan memandu kereta cekap tenaga

UC dari Monash University Malaysia memperkena­lkan teknologi kaw alan pelayaran dan sistem pembantu mereka sendiri untuk mengira sudut stereng yang ideal apabila berada di selekoh bagi memastikan kereta konsep bandar mereka tidak kehilangan momentum di sudut selain mengekalka­n pembakaran hidrogen yang lebih baik dan efisien sepanjang perlumbaan.

Manakala, pasukan UiTM Eco-Planet menggunaka­n kepakaran 13 jurutera perempuan untuk membangunk­an dan mereka bentuk dan UMP-Tech (UMP) pula menyediaka­n pautan video di Facebook sempena penyertaan sulung mereka dalam cabaran berkenaan.

 ??  ?? TU JU H p a suka n ya ng m
e wa kiline ga ra da la m SEM Asia 2018
TU JU H p a suka n ya ng m e wa kiline ga ra da la m SEM Asia 2018
 ??  ?? PESERTAmem­persiapkan­keretamere­ka.
PESERTAmem­persiapkan­keretamere­ka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia