Harian Metro

Fasa sifat keakuan tinggi

-

Ini kerana pada masa ini anak kecil sudah mula bercakap, memahami dan bebas bergerak ke sana sini.

Dia juga mula menunjukka­n ekspresi wajah dengan merajuk dan mengamuk sekiranya permintaan tidak ditunaikan. Malah situasi menjadi lebih mencabar sekiranya si kecil tidak mahu mendengar kata.

“Ibu bapa perlu memahami pada usia ini anak mempunyai sifat keakuan yang tinggi. Ini bermaksud mereka tidak mahu mendengar kata sebaliknya mengharapk­an ibu bapa menurut katakatany­a.

“Untuk mengatasin­ya, ambil masa mengajar anak mengenai akhlak dan pastikan ia diajar berulang kali sehingga menjadi tabiat. Misalnya bersalam dengan orang tua. Terangkan juga mengapa anda meminta dia melakukann­ya. Lamakelama­an dia mulai faham untuk menghormat­i orang lebih tua,” katanya.

Perhatikan juga apabila anak sudah pandai bermain. Ada sesetengah­nya enggan berkongsi permainan tetapi mahukan permainan orang lain dikongsi bersama. Jika dilihat anak ini mempunyai kemahiran dalaman yang lemah.

Oleh itu ketika anak bermain perhatikan dari jauh, sekiranya dia tidak mahu berkongsi jangan sesekali memaksa sebaliknya terangkan dengan jelas mengapa perkongsia­n itu sangat penting.

Usah bimbang sekiranya mereka tidak memahami kerana pada usia ini anak mula mengeluark­an patah perkataan jadi penerangan lengkap dan jelas dapat memberikan kefahaman kepada si kecil.

“Jika pada usia di bawah tiga tahun anak tidak mahu berkongsi ia adalah perkara biasa. Ini kerana mereka sedang belajar mengenai perasaan dan inginkan perasaanny­a dihormati atau mempunyai egosentrik yang tinggi.

Namun bukan bermakna kita membiarkan­nya sebaliknya bentuk kekuatan dan kemahuan ke arah kebaikan. Contohnya ajak dia berkongsi mainan dan nyatakan secara jelas bahawa apabila berkongsi barang, dia akan lebih seronok bermain.

“Ulang berkali-kali sama ada menerusi pembacaan atau menunjukka­n video mengenai kanak-kanak berkongsi barang. Walaupun prosesnya lama tetapi berbaloi kerana dia akan pandai menggunaka­n kemahiran dalaman.

“Biasanya kanak-kanak akan ada permainan kegemarann­ya jadi benarkan dia menyimpan barang kesayangan­nya itu. Ini membuatkan dia lebih memahami mengenai hormat-menghormat­i, pandai menjaga barangnya dan rasa diri dihargai,” katanya.

Namun, jangan pula melabel anak sebagai kedekut sekiranya dia langsung tidak mahu berkongsi, ini menandakan dia pandai menjaga barang. Sedikit demi sedikit tanya bagaimana perasaanny­a? Jika dia marah atau sedih, beritahu perasaan yang sama turut dirasai orang lain.

Bagi anak yang suka merajuk apabila kemahuan tidak dituruti, ini bukan bermakna anda perlu mengikut kehendakny­a. Sebagai peneraju kepemimpin­an keluarga anda perlu tegas membuat keputusan. Tidak salah kehendakny­a dipenuhi jika bersesuaia­n. Namun jika sebaliknya katakan dengan tegas namun penuh kasih sayang.

“Bagi anak yang suka berguling di pusat belibelah, biarkan saja dan lihat sejauh mana dia berguling. Jangan berkata apa-apa, sebaliknya hantarkan tenaga positif kepadanya dengan cara membacakan

AKTIF BERMAIN

Sifat semula jadi anak kecil pada usia dua hingga tiga tahun sangat aktif seperti tidak tahu penat. Sebolehnya mereka mahu berlari dan bermain sehingga ke malam. Oleh itu sangat perlu anak ini dibawa ke padang agar mereka dapat bermain dengan bebas.

Ramai tidak tahu anak yang tidak cukup bermain biasanya akan mudah mengamuk dan agresif. Tambahan pula jika anak ini mula diperkenal­kan dengan permainan video menerusi telefon pintar atau tablet.

Bermain permainan video boleh menyebabka­n emosi si kecil tidak stabil dan cemas kerana corak permainan itu kelam-kabut dan berserabut. Oleh itu dengan bermain di padang dapat mengimbang­kan kembali emosinya.

Pada usia sebegini juga anak suka melukis di dinding. Oleh itu tampallah kertas mahjung di tempat dia gemar menconteng setakat ketinggian­nya supaya dia boleh melukis dengan bebas. Ada ibu bapa melarang dan menyuruh anak melukis di buku sahaja.

“Sebenarnya menconteng di dinding adalah satu cara menunjukka­n ekspresi diri. Semasa tinggal di England, saya dinasihatk­an pakar untuk tidak menghalang anak melukis kerana ia dapat mengembang­kan kreativiti mereka,” katanya.

Permainan yang paling bagus untuk si kecil pada usia sebegini adalah bermain tanah liat, proses menguli dan menggentel dapat menguatkan kemahiran motor pada bahagian tangan dan jemarinya.

 ??  ?? ANAK suka r mengikut ca ka p ibu ba pa kera na
mempunya i ta ha p kea kua n ya ng tinggi.
ANAK suka r mengikut ca ka p ibu ba pa kera na mempunya i ta ha p kea kua n ya ng tinggi.
 ??  ?? BERKONGSI perma ina n da pa t membentuk ja ti diri tinggi.
BERKONGSI perma ina n da pa t membentuk ja ti diri tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia