Harian Metro

Kekal konsep ringkas, rona ceria

-

DARI MUKA 15

Mengambil potongan romper yang banyak dihasilkan di luar negara mendorong Emma Kasmima Khairuddin mengeluark­an jenama romper El Zahraa Kids yang bukan saja sesuai untuk penggayaan kasual tetapi musim perayaan dan keraian.

Tampil dengan lapan warna berbeza sama ada polos atau bercorak, untuk anak lelaki dan perempuan. Romper si gadis kecil diberi kedutan pada bahu bagi mencetuska­n unsur feminin dan comel.

Menurut Emma yang juga Pengarah Laila Fabrika Sdb Bhd, idea menghasilk­an romper untuk kanakkanak bermula disebabkan keinginann­ya gemar melihat kanak-kanak berpakaian cantik sesuai usia mereka.

“Saya mempunyai tiga anak bermula usia setahun sehingga sembilan tahun. Sejak kecil saya suka menggayaka­n mereka dengan pelbagai baju. Tetapi saya lebih meminati rekaan sederhana, menarik dan bersahaja. Malah untuk kedua-dua anak perempuan saya jarang membelikan baju kurung kerana ia dipakai pada hari raya pertama saja.

“Biasanya konsep suai padan adalah lebih jimat dan kemas. Begitu juga dengan tudung, kanak-kanak selesa menggayaka­n tudung sarung atau selendang polos,” katanya.

Bermula menghasilk­an tudung sekolah tadika untuk anak pertamanya, pelanggan kemudian meminta Emma menyediaka­n tudung sekolah mengikut konsep yang diinginkan. Bermula dari situ El Zahraa Kids tampil dengan pelbagai jenis tudung sarung, selendang dan bawal yang dijual menerusi dalam talian.

“Dalam setiap rekaan saya masih mengekalka­n konsep ringkas dan mudah dengan rona ceria. Saya mengambil inspirasi daripada jenama kanakkanak antarabang­sa dan disesuaika­n dengan budaya rakyat Malaysia,” katanya.

Untuk rekaan romper dia menggunaka­n fabrik yang sama seperti padanan baju dewasa iaitu kapas polisufi kerana ia lebih sejuk, tidak berkedut dan sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas. Potonganny­a sederhana namun dikemaskan menerusi perincian pada bahagian depan baju dan tangan.

“Saya meletakkan butang pada bahagian hadapan bagi memberikan unsur eksklusif. Poket dan hujung lengan pula ditampal fabrik berbeza. Rekaan yang longgar pada bahagian bawah supaya si comel bebas bergerak,” katanya.

Selain romper, kurta pula bebas dipadankan dengan denim atau slack. Namun begitu Emma turut menyediaka­n padanan sepasang terutama bagi mereka yang ingin menggayaka­n pada musim perayaan. Berdasarka­n pemerhatia­nnya, kebanyakan ibu akan memadankan si kecil dengan seluar berbeza. Ia kelihatan lebih moden dan menyerlah.

Jenama ini turut menghasilk­an rekaan blaus polos untuk kanakkanak perempuan yang dijual secara berasingan.

Ini bagi membolehka­n ibu menyesuai padan blaus dengan seluar atau skirt pilihan sendiri. Menariknya, disediakan juga skirt kembang bercorak untuk mereka yang inginkan padanan lengkap.

Romper, kurta, blaus, skirt dan pelbagai jenis tudung untuk si kecil bermula usia setahun sehingga 10 tahun boleh didapati di Parkson terpilih di seluruh negara, butik Tateh di seluruh Malaysia atau membeli menerusi dalam talian. Harga romper bermula RM59 hingga RM69 manakala untuk anak perempuan bermula pada harga RM69. -Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? BEBAS bergerak untuk si kecil berusia
setahun ke atas.
BEBAS bergerak untuk si kecil berusia setahun ke atas.
 ??  ?? SEDONDON romper rona pic untuk adik
manakala kakak blaus dipadankan skirt rona yang sama.
SEDONDON romper rona pic untuk adik manakala kakak blaus dipadankan skirt rona yang sama.
 ??  ?? KURTA berperinci­an pada lengan baju dipadankan seluar denim.
KURTA berperinci­an pada lengan baju dipadankan seluar denim.
 ??  ?? ANGGUN digayakan dengan skirt flora rona
pastel.
ANGGUN digayakan dengan skirt flora rona pastel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia