Harian Metro

Sambutan ulang tahun santai, meriah

-

Nando’s meraikan ulang tahun ke-20 baru-baru ini dalam suasana yang penuh santai tetapi meriah bersama tetamu termasuk wakil media bertempat di cawangan The Waterfront, Desa Park City, Kuala Lumpur.

Acara selama kira-kira tiga jam itu dimeriahka­n dengan kehadiran selebriti terkenal antaranya Noh Salleh dan Sasha Saidin.

Selain upacara pemotongan kek yang menjadi simbolik acara, beberapa aktiviti lain turut diadakan sebagai selingan antaranya persembaha­n dua pelawak undangan iaitu Kuah Jenhan dan Rizal Van Geyzel.

Di samping itu, tetamu juga berpeluang menghasilk­an sendiri sos Peri-Peri, mengambil gambar kenangan di gerai foto dan turut serta dalam permainan teka teki yang membolehka­n mereka membawa pulang hadiah istimewa sumbangan Nando’s.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Stephen Chew berkata, sambutan ulang itu sebahagian inisiatif bagi menghargai tetamu sebagai pelanggan setia Nando’s yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bagi sejak pembukaan cawangan sulung di Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

“Kami amat teruja untuk menyambut detik bersejarah ini dan ia satu kejayaan yang membanggak­an kerana berjaya beroperasi di sini selama dua dekad.

“Kami percaya pelanggan adalah keutamaan dan satu kepuasan apabila dapat memberi pengalaman menyeronok­kan kepada mereka ketika menjamu selera bersama rakan mahupun seisi keluarga.

“20 tahun sudah berlalu dan kami masih berusaha menambat hati peminat di samping menarik minat pelanggan baru dengan mengekalka­n cili Peri-Peri sebagai ramuan utama dan sumber kepedasan yang sinonim dengan Nando’s,” katanya.

Nando’s bertapak di negara ini sejak 1998 dan mempunyai kirakira 73 restoran dengan menawarkan hidangan ayam panggang Peri-Peri lazat yang dihidangka­n pada empat tahap kepedasan iaitu lemon dan herba, mangga dan limau, sederhana serta pedas dan ekstra pedas.

Turut menambat hati pelanggan adalah aneka hidangan sampinan lain seperti salad dan pencuci mulut yang tentunya menyelerak­an dan memenuhi cita rasa.

Jenama yang hampir mencapai status kultus di Malaysia itu turut menawarkan sos Peri-Peri yang dijual untuk kegunaan harian di rumah.

 ??  ?? DARI kiri, Stephen, Eksekutif Nando’s Barry Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia dan Singapura Mac Chung Lynn dan Pengurus Cawangan Nando’s Azuar Mohamed
meraikan ulang tahun ke-20 Nando’s.
DARI kiri, Stephen, Eksekutif Nando’s Barry Yong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia dan Singapura Mac Chung Lynn dan Pengurus Cawangan Nando’s Azuar Mohamed meraikan ulang tahun ke-20 Nando’s.
 ??  ?? ANTARA pengunjung yang hadir bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-20 Nando’s.
ANTARA pengunjung yang hadir bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-20 Nando’s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia