Harian Metro

Puyuh berlada perisa daun gelugur

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Tidak ramai mengetahui kegunaan daun gelugur yang dijadikan perisa dalam masakan. Sama seperti masam buahnya, daunnya menghasilk­an rasa seakan sama apabila dimakan. Namun ia memberikan masam berbeza terutama jika dijadikan ramuan utama dalam hidangan masak lemak cili padi atau goreng berlada.

Menurut cef bahagian masakan Melayu, Hotel Bangi Putrajaya, Cef Mohd Suhaimi Suratman, dia teruja menghasilk­an resipi berasaskan daun gelugur selepas mengunjung­i pasar tani dan melihat banyak daun gelugur dijual di sana.

Selepas bertanya kepada penjual kegunaan daun itu, lalu dia terfikir menggunaka­n daun gelugur dalam masakan burung puyuh berlada.

“Biasanya hanya asam gelugur digunakan bagi menambah keenakan dalam masakan. Tetapi sebenarnya nenek moyang dulu memasukkan daun gelugur ke dalam gulai, masak lemak cili padi dan juga masak lemak putih bagi mendapatka­n rasa masam yang berbeza. Pucuknya juga juga dijadikan ulam kerana mempunyai banyak khasiat,” katanya.

Sambil menunjukka­n cara menyediaka­n burung puyuh berlada, jelas Suhaimi, bagi memberikan rasa sekata dan sambal tidak berbau ‘pahit’ ia harus dimasak lama bersama minyak yang banyak. Biarkan api perlahan sehingga sambal berbau wangi. Kemudian barulah dimasukkan burung puyuh.

Bagi mereka yang tidak menggemari puyuh boleh menggantik­annya dengan ayam atau ikan. Elak memilih daging kerana teksturnya kenyal serta tidak sesuai dimasak sambal.

“Puyuh dipilih kerana ia kecil dan rangup. Jika ditukar kepada ayam seeloknya pilih bahagian leher atau kepak kerana ia lebih enak berbanding bahagian isinya,” katanya.

Masakan ini tidak memerlukan masa yang lama, hanya 25 minit termasuk proses menggoreng puyuh.

Selepas masak angkat puyuh bersama sambal kering bersalut di atasnya manakala sisa minyak boleh dijadikan menu bagi hidangan masak lemak cili padi.

“Caranya dengan mencampurk­an santan, ikan atau ayam. Kemudian biarkan mendidih. Rasa yang tertinggal seakan sama dengan masak lemak sebenar kerana menggunaka­n bahan yang sama. Ini dapat mengelak daripada pembaziran,” katanya.

 ??  ?? BAHAN-BAHAN
10 burung puyuh, digoreng
150 gram minyak untuk menumis
50 gram bawang merah, dikisar
30 gram cili hijau, dikisar 10 gram cili padi merah, dikisar
5 gram serai, dititik 10 gram serbuk kari 5 gram serbuk kunyit 15 gram serbuk perisa 5...
BAHAN-BAHAN 10 burung puyuh, digoreng 150 gram minyak untuk menumis 50 gram bawang merah, dikisar 30 gram cili hijau, dikisar 10 gram cili padi merah, dikisar 5 gram serai, dititik 10 gram serbuk kari 5 gram serbuk kunyit 15 gram serbuk perisa 5...
 ??  ?? BAHAN-BAHAN
BAHAN-BAHAN
 ??  ?? MASUKKAN serbuk perisa dan hirisan daun gelugur, kacau sehingga daunnya lembut.
MASUKKAN serbuk perisa dan hirisan daun gelugur, kacau sehingga daunnya lembut.
 ??  ?? PANASKAN minyak, masukkan campuran bawang merah, cili hijau dan cili padi merah yang dikisar ke dalam periuk. MASUKKAN serbuk kari dan kacau sebati.
PANASKAN minyak, masukkan campuran bawang merah, cili hijau dan cili padi merah yang dikisar ke dalam periuk. MASUKKAN serbuk kari dan kacau sebati.
 ??  ?? APABILA rempah sudah masak masukkan burung puyuh. Kacau sehingga kuah rata.
APABILA rempah sudah masak masukkan burung puyuh. Kacau sehingga kuah rata.
 ??  ?? KACAU sehingga naik bau kemudian masukkan serai.
KACAU sehingga naik bau kemudian masukkan serai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia