Harian Metro

Penyiasat tragedi ‘Titanic Sarawak’ meninggal

-

Sarikei: Pesara polis, Awangku Basar Pengiran Sulaiman, 87, yang juga pegawai penyiasat tragedi MV Pulau Kidjang, meninggal dunia akibat sakit tua di rumah keluargany­a di Jalan Century, di sini, malam kelmarin.

Tragedi MV Pulau Kidjang pada 27 Disember 1973 adalah kejadian kapal penumpang karam kawasan muara Tanjung Jerijeh, di sini, yang disifatkan sebagai terburuk dalam sejarah maritim negara.

Anak sulung Awangku Basar, Awang Sutijaya,

56, berkata, ayahnya menghembus­kan nafas terakhir di sisi ibunya, Dayang Putih Pengiran Perseh, 76, dan adikberadi­knya jam 11.45 malam.

Katanya, bapanya beberapa kali dirujuk ke hospital sebelum ini, namun keadaan kesihatann­ya agak merosot sejak beberapa hari lalu, termasuk mengalami demam berpanjang­an.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengebumia­n Allahyarha­m di Tanah Perkuburan Islam Sarikei, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Ketika hayatnya, Allahyarha­m yang berpangkat Sarjan antara individu terpenting dalam pasukan siasatan kes MV Pulau Kidjang.

Mendapat jolokan ‘Titanic Sarawak’, tragedi berkenaan mencatatka­n sejarah terburuk dalam industri maritim negara apabila mengorbank­an

121 mangsa, dengan ada antaranya masih hilang hingga kini, manakala 38 mangsa lagi terselamat, termasuk 18 kelasi.

Awang Sutijaya berkata, ketika tragedi itu berlaku, arwah ayahnya bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia