Harian Metro

Anak penjual ikan bakar peroleh 9A

-

Sandakan: Meskipun hanya berbekalka­n duit belanja RM10 seminggu ke sekolah, Nur Hazanah Aris, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan di sini, mampu memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Nur Hazanah, 18, pelajar terbaik sekolah berkenaan yang memperoleh A dalam semua subjek melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT atas kejayaan itu.

Tahun lalu, dia tinggal di asrama sekolah dan setiap minggu hanya diberikan duit belanja RM10 atau RM20 oleh bapanya yang menjual ikan bakar di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, dekat sini.

“Ibu saya pula suri rumah sepenuh masa. Cukup juga RM10 untuk seminggu, tetapi mesti pandai-pandailah berbelanja, lagipun saya tinggal di asrama,” kata anak bongsu daripada empat beradik itu ketika ditemui di sekolahnya, semalam.

Mengulas lanjut, Nur Hazanah berkata, dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dan banyak berbincang dengan rakan sekelas.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan kerana banyak membantu sehingga saya memperoleh keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, rakan sekelasnya yang turut memperoleh 9A, Siti Nur Jannah Jono pula berkata, dia sering melakukan ‘ujian’ terhadap diri sendiri.

“Saya suka jawab buku soalan peperiksaa­n SPM bermula dari selepas Maghrib sehingga tengah malam.

“Inisiatif itu saya gunakan selain tanamkan sifat mesti siapkan semua kerja rumah yang diminta guru setiap hari,” katanya yang tinggal di Kampung Sim-Sim di sini.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Nur Jannah
SITI Nur Jannah
 ??  ?? NUR Hazanah
NUR Hazanah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia