Harian Metro

Keberkatan bawa kejayaan

- Ekhwan Haque Fazlul Haque news@nstp.com.my

“Saya pastikan hubungan dengan Allah SWT, ibu bapa, guru dan rakan dijaga dengan baik kerana yakin keberkatan ilmu itu antara faktor kejayaan seseorang,” kata Amirruddin Ahmat, 17.

Pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching di Padawan itu antara calon yang mendapat keputusan cemerlang dengan 5A+, 3A dan 1A- dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Menurut Amirruddin, harapan yang diberikan ibu bapa yang jauh di Sarikei menjadi pembakar semangat untuk dia berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat keputusan yang cemerlang.

“Saya yakin jika hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru dan rakan dijaga dengan baik, pasti keberkatan ilmu itu akan diperoleh seterusnya segala usaha akan dipermudah­kan.

“Kejayaan yang diperoleh hari ini (semalam) menjadi pemangkin kepada saya untuk terus berusaha lebih gigih bagi memastikan cita-cita sebagai jurutera petroleum tercapai satu hari nanti,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 Sarawak di Jabatan Pendidikan Sarawak, semalam.

Bapanya, Ahmat Adai, 53, berkata, pengorbana­nnya dan isteri, Sukarni Salleh, 48, selama ini seakan terbalas selepas Amirruddin diumumkan antara calon SPM terbaik.

“Walaupun jauh daripada keluarga, Amirruddin buktikan dia mampu untuk berdikari dan belajar bersungguh-sungguh. Saya harap kejayaan ini adalah titik permulaan untuknya cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Sarawak, Rakayah Madon berkata, bagi pencapaian tahun lalu, negeri itu mencatatka­n Gred Pencapaian Negeri (GPN) 5.17 peratus, berbanding 5.34 peratus tahun sebelumnya.

Beliau berkata, seramai 37,092 calon seluruh negeri ini mendaftar untuk menduduki SPM tahun lalu, dengan 92.16 peratus adalah calon Sekolah Menengah Kebangsaan.

“Prestasi cemerlang pelajar juga membanggak­an apabila seramai 24 daripada calon memperoleh A+ dalam semua kertas yang diduduki.

“Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodis, Sibu, Angel Lai An Ge menjadi pelajar terbaik SPM 2017 selepas memperoleh 12A+,” katanya dalam sidang media selepas mengumumka­n keputusan itu di Jabatan Pendidikan Sarawak, di sini, semalam.

 Amirruddin kongsi rahsia cemerlang SPM

 ??  ?? RAKAYAH (tengah) merakam kenangan bersama pelajar cemerlang SPM 2017 selepas mengumumka­n keputusan SPM 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri di Kuching.
RAKAYAH (tengah) merakam kenangan bersama pelajar cemerlang SPM 2017 selepas mengumumka­n keputusan SPM 2017 di Jabatan Pendidikan Negeri di Kuching.
 ??  ?? AMIRRUDDIN menunjukka­n slip keputusan SPM.
AMIRRUDDIN menunjukka­n slip keputusan SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia