Harian Metro

Tak sempat rasa hasil curi

-

Tiga lelaki tidak sempat menjual sarang burung walit yang dicuri apabila mereka diberkas polis beberapa jam selepas menceroboh rumah sarang burung itu di Kampung Bruit di sini, kelmarin.

Seorang daripada suspek berjaya ditangkap penduduk kampung ketika kejadian, manakala dua lagi ditahan polis ketika mereka bersembuny­i di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Salah Kecil dekat sini.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superinten­dan Neil Beginda berkata, kegiatan tiga suspek itu disedari oleh pemilik sarang burung yang terdengar bunyi bising, kira-kira jam 1 pagi.

Katanya, bimbang akan keselamata­nnya, pemilik rumah burung itu meminta bantuan beberapa penduduk kampung untuk mengepung bangunan berkenaan.

“Selepas menyedari kegiatan mereka terbongkar, tiga lelaki itu cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan penduduk.

“Dalam pergelutan itu, seorang daripada mereka berjaya ditangkap.

Dua lagi berjaya melepaskan diri, namun berjaya ditahan polis pagi semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Neil berkata, suspek yang masing-masing berusia antara 45 hingga 46 tahun itu kini ditahan di Balai Polis Daro bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, susulan penahanan suspek, polis turut merampas

 Tiga ditahan selepas diberkas ceroboh rumah sarang burung walit

dua motosikal, dua parang dan tangga tali yang digunakan lelaki terbabit ketika melakukan jenayah berkenaan.

“Selain itu, polis turut merampas beberapa sarang burung walit daripada mereka,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia