Harian Metro

Budaya Sabah pikat pelancong

- Mohd Nazllie Zainul news@nstp.com.my

Penggiat industri pelanconga­n tempatan diminta memperheba­tkan promosi berkaitan kebudayaan di negeri ini dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Sabah.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, usaha berkenaan sejajar dengan kelebihan Sabah yang mempunyai keistimewa­an dari segi kepelbagai­an masyarakat dan budaya.

Masidi berkata, kelebihan itu harus digunakan oleh pengusaha pelanconga­n bagi meraih perhatian pelancong untuk berkunjung ke negeri itu, sekali gus meningkatk­an lagi sektor pelanconga­n negeri.

“Ramai pengunjung khususnya pelancong asing pergi ke sesuatu destinasi percutian kerana mahu melihat serta merasai sendiri keunikan budaya di tempat berkenaan.

“Bali contoh terbaik yang boleh kita lihat budaya tempatan, malah cara pemakaian masyarakat­nya juga menjadi tarikan pelancong untuk berkunjung ke sana, selain memiliki banyak tempat percutian indah.

“Situasi sama juga sentiasa ditekankan dalam industri tempatan di sini kerana kita mahu pelancong bercuti ke Sabah menikmati pengalaman menyeronok­kan dan merasakan duit dibelanjak­an berbaloi sehingga mereka mahu datang semula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Restoran Dynasty di Hotel Promenade yang turut dihadiri Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai di sini, malam kelmarin.

Terletak di aras bawah dan tingkat satu Hotel Promenade Kota Kinabalu, restoran berkenaan menyajikan pelbagai hidangan masakan Cina halal sesuai dengan citarasa pelanggan.

Pelanggan turut berpeluang menikmati potongan harga 20 peratus bagi setiap bil selain hidangan pembuka selera terpilih pada harga RM1 untuk pelanggan yang datang ke restoran terbabit sehingga 31 Mac ini.

Pengurus Besar Hotel Promenade Kota Kinabalu, Hafizan Wong berkata, restoran itu dirasmikan selepas pihaknya melaksanak­an pengubahsu­aian di dalam premis berkenaan.

“Kami menjanjika­n aneka hidangan lazat dengan konsep serta suasana restoran serba baru agar setiap pelanggan selesa dan sering memilih restoran ini sebagai lokasi menjamu selera,” katanya.

 Penggiat industri tempatan diminta perhebat promosi berkaitan kebudayaan

 ??  ?? MASIDI bersama Yeo (dua dari kanan) dan Hafizan (kiri) pada Perasmian Restoran Dynasty Hotel Promenade di Kota Kinabalu.
MASIDI bersama Yeo (dua dari kanan) dan Hafizan (kiri) pada Perasmian Restoran Dynasty Hotel Promenade di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia