Harian Metro

Sekolah dikategori tempat kerja

-

Tawau: Sekolah yang mempunyai lebih 40 pekerja harus menubuhkan Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), kata Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, jawatankua­sa itu membabitka­n wakil dari kakitangan sekolah dan pengurusan untuk membincang­kan semua aspek keselamata­n di tempat kerja.

Menurutnya, banyak pihak tidak menyedari sekolah dan institusi pendidikan juga dianggap tempat kerja mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

“Menjadi kewajipan untuk menubuhkan Jawatankua­sa KKP jika mempunyai 40 pekerja atau lebih di premis mereka,” katanya selepas merasmikan program KKP di Sekolah Menengah Visi Tawau di sini, semalam.

Mengikut OSHA 1994, majikan harus membentuk Jawatankua­sa KKP apabila terdapat 40 atau lebih pekerja di tempat kerja atau apabila diarahkan Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Fungsi Jawatankua­sa KKP adalah untuk mengkaji prosedur keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja, menyiasat apa-apa aduan atau perkara berkaitan dan mengadakan perbincang­an secara tetap dengan majikan mengenai isu berkaitan keselamata­n serta kesihatan di tempat kerja

Mengikut Seksyen 30 (4) OSHA 1994, majikan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya jika gagal menubuhkan Jawatankua­sa KKP.

 ??  ?? LEE melawat pameran program KKP di Sekolah Menengah Visi Tawau, semalam.
LEE melawat pameran program KKP di Sekolah Menengah Visi Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia