Harian Metro

CAHAYA MISI SYAHADAH

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

> Menempuh perjalanan jauh, melalui jalan berbukit, menyusur

laluan sungai serta arus deras, menerima ugutan fizikal dan sihir sejak enam tahun lalu, usaha Ustaz Mohd Fadli Yusof, 50, bersama isteri dan anak-anaknya berbaloi apabila ‘misi syahadah’ mereka berjaya mengislamk­an

700 saudara baru. Baginya apa yang mereka sekeluarga lakukan adalah tanggungja­wab sebagai orang Islam, lapor Muhammad Saufi

Hassan

Kuala Lumpur

Beliau bersama isteri dan anak-anak sanggup menempuh perjalanan jauh, melalui jalan berbukit, menyusur laluan sungai serta arus deras di seluruh negara terutama kawasan pedalaman dalam usaha menegakkan syiar Islam sejak enam tahun lalu.

Setakat ini, atas usaha dakwahnya itu sudah berjaya mengislamk­an lebih 700 orang.

Bagi Ustaz Mohd Fadli Yusof, 50, usaha dakwahnya itu adalah tanggungja­wab sebagai seorang Muslim dalam menyebarka­n agama Allah tidak mengira tempat, wang ringgit atau kemasyhura­n.

“Ini tanggungja­wab kita sebagai orang Islam iaitu meneruskan legasi penyebaran agama Islam. Apalah sangat dengan dugaan yang saya tempuh jika dibandingk­an dengan ilmuwan, ulama serta perjuangan Rasullulla­h SAW yang jauh lebih mencabar.

“Program dakwah ini saya beri nama Misi Syahadah dan sudah dilaksanak­an sejak 2011 hasil inisiatif saya sendiri. Alhamdulil­lah, isteri dan anak-anak turut bersama-sama dalam kerja amal ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, menempuh cabaran alam semula jadi sudah menjadi lumrah seperti merentasi jalan berbukit, malah pernah juga menerima ugutan daripada pihak tertentu yang memaksa program dakwah itu dihentikan.

“Saya yakin itu hanya dugaan kecil pendakwah. Saya bukan mencari kekayaan apatah lagi kemasyhura­n. Apa yang saya dan keluarga lakukan adalah tanggungja­wab sebagai orang

Islam.

“Bukan saja kami berdepan dengan ancaman bersifat fizikal, malah ada juga ancaman bersifat sihir yang dilakukan pihak yang kurang senang dengan aktiviti dakwah kami.

“Namun itu semua cabaran kecil. Saya sering mengingatk­an kepada anak-anak bahawa itu semua dugaan dan jangan sesekali berpatah semangat kerana sebagai orang Islam kita harus letakkan keyakinan kepada Allah dan Rasul,” katanya.

Usaha dakwah Mohd Fadli turut dibantu isterinya, Siti Aisyah Mohd Nordin, 50, dan tiga anak mereka iaitu Muhammad Al Fateh, 26, Muhammad Safwatulla­h, 25 serta Muhammad Fida’udin, 23.

Menceritak­an pengalaman­nya, antara sukar dilupakan ialah ugutan yang diterima daripada ahli kongsi gelap selain dihalau penduduk kampung yang tidak mahu ajaran Islam di tempat mereka.

Bagaimanap­un, katanya, beliau cuba mendekati masyarakat dengan kaedah menziarahi mereka dan membawa barangan keperluan asas lain seperti beras, gula dan makanan dalam tin.

“Kaedah dakwah saya sedikit berbeza. Peringkat awal sudah memang biasanya mereka akan menolak apa saja yang ingin kita bawa (agama) namun saya tidak pernah gagal membawa buah tangan untuk mereka.

“Barangan keperluan asas itu sudah pasti. Lama kelamaan, mereka mula mendekati dan bertanyaka­n kepada saya apakah tujuan masuk ke pedalaman dan kampung-kampung.

“Setiap kali pertanyaan itu diajukan, saya akan menyatakan ingin mencari saudara biarpun masuk ke kawasan kampung di Sabah atau Sarawak. Kebiasaann­ya, mereka akan kehairanan dan saya akan menjelaska­n bahawa saya ingin mencari

“Saya bukan mencari kekayaan apatah lagi kemasyhura­n. Apa yang saya dan

keluarga lakukan adalah tanggungja­wab sebagai orang Islam

Mohd Fadli Yusof  Keluarga sebar agama Allah sudah Islamkan lebih 700 orang sejak enam tahun lalu

saudara sesama Islam bukannya pertalian darah,” katanya.

Mohd Fadli berkata, dalam usaha dakwah apa yang penting adalah mempamerka­n akhlak dan budi pekerti yang baik serta dua elemen itu adalah faktor penarik.

“Kita lihat contoh dakwah Rasulullah SAW, Baginda sejak dari kecil mempamerka­n akhlak terpuji dan budi pekerti yang sangat baik. Oleh itu, usaha dakwah Baginda diterima ramai kerana dua faktor berkenaan.

“Sama juga seperti kita, mengajak orang untuk meninggalk­an agama asal dan mengenali Islam bukan mudah, namun kita perlu tonjolkan keperibadi­an dan akhlak yang baik dahulu,” katanya.

Katanya, sesiapa yang melihat individu dengan dua elemen berkenaan akan mudah tertarik dan ingin mengetahui dengan lebih mendalam.

Menurutnya, usaha dakwah yang dilakukann­ya bukan sekadar memberi fokus untuk mengislamk­an orang lain, malah turut melaksanak­an program pengisian seperti pengajaran ilmu dalam Islam.

“Sebagai pendakwah kita juga perlu fikirkan bahawa selepas mereka ini memeluk Islam apa yang akan jadi.

Bagaimana pemahaman mereka, ibadat mereka termasuk ilmu mereka dalam Islam.

“Jadi, kita akan melakukan lawatan secara berkala dan tinggal bersama keluarga saudara baru ini untuk suatu tempoh masa. Selepas itu, kita akan laksanakan program pemantauan dan kita tetap akan menziarahi mereka supaya mewujudkan hubungan ukhwah yang baik,” katanya.

 ??  ?? USTAZ Mohd Fadli tempuh jalan berbukit dan air deras di beberapa kawasan pedalaman Sabah
Sarawak dan Semenanjun­g dalam
menyebarka­n usaha dakwah.
MISI Syahadah sudah mengislamk­an 700 orang setakat ini.
USTAZ Mohd Fadli tempuh jalan berbukit dan air deras di beberapa kawasan pedalaman Sabah Sarawak dan Semenanjun­g dalam menyebarka­n usaha dakwah. MISI Syahadah sudah mengislamk­an 700 orang setakat ini.
 ??  ?? Keluarga pendakwah Islamkan
700orang
Keluarga pendakwah Islamkan 700orang
 ??  ?? MOHD Fadli pamerkan akhlak dan budi pekerti ketika berdakwah. MUHAMMAD Safwatulla­h
MOHD Fadli pamerkan akhlak dan budi pekerti ketika berdakwah. MUHAMMAD Safwatulla­h

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia