Harian Metro

SEKITAR KEPUTUSAN SPM

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@nstp..com.my

11A+ TUTUP MEDIA SOSIAL TANGISAN BUTA TIBA-TIBA KUNJUNG PUSARA AYAH

 Pelajar cemerlang tutup media sosial beri fokus ulang kaji

“Pada tahun lalu, saya menutup media sosial termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp untuk memberi fokus dalam pelajaran untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Perkara itu dilakukan kerana saya tahu media sosial melalaikan sehingga tidak dapat memberi fokus dalam mengulang kaji mata pelajaran,” kata pelajar terbaik Kelantan, Arif Syahmi Alias, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati yang mendapat keputusan 11A+ dalam SPM 2017.

Anak yatim yang kehilangan ayah, Alias Abdul Razak, 53, akibat penyakit buah pinggang lima tahun lalu, berkata dia menjadi harapan keluarga terutama ibunya, Norlehah Jamon, 55, yang bekerja sebagai guru untuknya menjadi pelajar cemerlang.

Arif Syahmi yang juga anak bongsu daripada empat beradik berkata, ketiadaan ayah membuatkan dirinya menjadi kuat dan tabah mengharung­i kehidupan.

“Dalam pelajaran, saya memberi fokus sepenuhnya ketika guru mengajar dan jika tidak faham saya akan terus bertanya guru serta mengulang kaji di rumah.

“Saya juga tidak akan meniru ketika membuat kerja rumah yang diberi guru kerana ia akan menjadikan kita lemah dalam mata pelajaran,” katanya.

SMKA Lati antara 24 sekolah terbaik di Kelantan dengan sembilan pelajar mendapat keputusan 11A.

Pelajar, Nor Amilia Haris, 18, yang mendapat keputusan 9A+ dan 2A, berkata belajar secara berkumpula­n dan mengajar mereka membolehka­nnya mendapat 11A.

“Dengan mengajar rakan, saya membantu meningkatk­an ilmu dalam mata pelajaran,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ARIF Syahmi ditemani ibu dan abang sulung, Amir Farhan ke sekolahnya.
ARIF Syahmi ditemani ibu dan abang sulung, Amir Farhan ke sekolahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia