Harian Metro

KAYUHAN GLOBAL SAMBUNG NYAWA

- Syazwan Msar cnews@nstp.com.my

“Kalau tak kayuh basikal mungkin usia tak panjang,” kata Muhamad Rahaimi Ayob, 24, pemuda yang menamatkan kayuhan solo sejauh 19,000 kilometer dengan merentasi 23 negara selama setahun, kelmarin, semata-mata mahu merawat masalah kesihatan dialaminya.

Muhamad Rahaimi disahkan menghidap penyakit dekompresi (larutan gas nitrogen yang tinggi dalam darah) Januari tahun lalu dan dia memilih berkayuh secara solo bagi mengurangk­an kesakitan ditanggung sebulan kemudian.

Katanya, berkayuh amat berkesan bagi menyingkir­kan gas nitrogen yang larut dalam darah menerusi proses perpeluhan dalam jumlah banyak, sekali gus membantuny­a untuk pulih dan sihat seperti biasa.

Pemuda itu berkata, masalah kesihatan dialami berpunca daripada aktiviti menyelam apabila tong oksigen digunakan bocor hingga berlaku proses menyebabka­n gas nitrogen terlarut dalam darahnya.

“Gas nitrogen terlarut dalam darah menyebabka­n badan kerap berasa sakit dan mengalami demam, malah doktor beritahu masalah itu boleh menyebabka­n kematian jika dibiarkan berlarutan.

“Selain makan ubat, doktor sarankan saya keluarkan peluh dengan bersukan. Timbul idea melakukan kayuhan solo ini dengan menjelajah beberapa buah negara,” katanya ketika ditemui di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, petang kelmarin.

Dia baru tiba dari London, England, disambut bapanya Ayob Sulaiman, 58, ibu Rahmah Musa, 54, serta ahli keluarga lain.

Antara negara yang dilawati pemuda itu adalah Iran, Azerbaijan, Armenia, India, Turki, England, Romania dan Pakistan yang memiliki pemandanga­n amat cantik.

Menurutnya, dia bercadang untuk melakukan kayuhan ke Makkah pada masa akan datang, sekali gus menunaikan ibadah umrah atau haji.

Malah dia juga sudah dipelawa beberapa individu untuk bersama-sama mereka bagi melakukan kayuhan ke Tanah Suci pada hujung tahun ini.

“Saya berminat untuk bersama mereka memandangk­an masih ada kira-kira sembilan peratus lagi kandungan gas nitrogen dalam darah,” katanya.

Anak bongsu daripada empat adik beradik itu menceritak­an pelbagai pengalaman ditempuh sepanjang kayuhan solo itu dan antara paling sukar dilupakan adalah menjamah sayur di kutip dari tong sampah semata-mata mahu berjimat.

Atas dasar mahu berjuang untuk teruskan hidup dia memulakan kayuhan solo itu dengan berbekalka­n hanya RM2,000 dan langsung tidak ada sebarang pengalaman merantau ke negara orang.

“Kos untuk rawat penyakit saya kira-kira RM16,000 dianggap mahal bagi keluarga macam kami. Kerana tidak mahu bebankan keluarga saya pilih untuk lakukan kayuhan solo ini.

“Sepanjang kayuhan saya tidur di tepi jalan atau bawah jambatan, kadang-kala nasib saya baik kerana ada penduduk tempatan yang bersimpati benarkan saya tumpang rumah mereka.

“Tidak kurang ada yang hulurkan sumbangan wang tunai dan sediakan makanan. Namun saya tetap menempuh detik cemas apabila ditahan pihak berkuasa tempatan kerana berkelakua­n mencurigak­an,” katanya.

 Lelaki kayuh basikal untuk buang nitrogen dalam darah melalui peluh rentas 23 negara

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMAD Rahaimi ketika berhenti di tepi jalan di Greece. MUHAMAD
Rahaimi disambut ibu bapanya, di KLIA,
semalam. MUHAMAD Rahaimi, ketika berhenti di United Kingdom. PENDUDUK tempatan membantu kembara Muhamad Rahaimi.
MUHAMAD Rahaimi ketika berhenti di tepi jalan di Greece. MUHAMAD Rahaimi disambut ibu bapanya, di KLIA, semalam. MUHAMAD Rahaimi, ketika berhenti di United Kingdom. PENDUDUK tempatan membantu kembara Muhamad Rahaimi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia