Harian Metro

HODOH TAPI PENUH KHASIAT

Gamat dapat permintaan tinggi walaupun harga cecah RM1,000 sekilogram

- Mohd Nazllie Zainul cnews@nstp.com.my

Rupa fizikalnya tidak menarik namun gamat atau lebih dikenali balat dalam kalangan masyarakat setempat mampu meraih harga mencecah RM1,000 sekilogram.

Memiliki bentuk seperti timun dan berwarna kehitaman, hidupan laut itu dianggap unik dan menjadi antara makanan mewah bagi segelintir penggemarn­ya.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu, mendapati balat mudah didapati di pasar berkenaan disebabkan hampir semua peniaga menjadikan spesies itu antara barangan jualan mereka selain ikan masin kurau, ikan bilis mata biru, amplang dan kopi Tenom.

Bagaimanap­un, makanan laut berkenaan tidak boleh dimakan segar sebaliknya harus melalui beberapa proses seperti membersihk­an isi perut, merebus dan dikeringka­n sehingga bertukar warna seperti kehitaman.

Peniaga balat, Allon Arullah, 48, berkata, ramai penggemar sanggup membeli balat walaupun pada harga mahal.

Menurutnya, penggemarn­ya percaya balat mempunyai pelbagai khasiat termasuk mampu menguatkan tulang dan mengekalka­n kesihatan badan.

Katanya, harga pasaran mengikut jenis, saiz dan kualiti balat yang dijual peniaga iaitu serendah RM150 sekilogram.

“Balat harimau putih adalah jenis balat berkualiti dan sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli.

“Ia dijual pada harga antara RM700 hingga lebih RM1,000 sekilogram bagi yang bersaiz besar,” katanya sambil memberitah­u balat

“Balat harimau putih adalah jenis balat berkualiti dan sering mendapat permintaan tinggi Allon Arullah

Che Po Sam atau susu juga sering menjadi pilihan masyarakat Cina.

Bagaimanap­un, Allon berkata, permintaan balat bukan setiap hari berikutan harga yang mahal.

Katanya, permintaan meningkat setiap kali tiba musim perayaan.

Menurutnya, balat sering dimasak sup atau campuran dalam sayuran untuk dihidangka­n ketika makan besar pada malam Tahun Baru Cina.

“Pelanggan membeli balat sekurang-kurangnya sekilogram. Jumlah ini saja boleh dimakan untuk tempoh lama kerana saiz balat yang berubah menjadi besar apabila direbus sebelum dimasak.

“Oleh itu, mereka hanya membeli balat pada masa tertentu saja,” katanya yang 19 tahun berniaga di pasar terbabit.

Seorang lagi peniaga balat, Almishier Zimhar, 20, berkata, harga tinggi balat turut didorong proses pengambila­n hidupan itu yang memerlukan pencari menyelam ke dasar laut.

Katanya, proses mengeringk­an balat juga mengambil masa seminggu bergantung kepada cuaca.

“Ramai peniaga di pasar ini mendapatka­n bekalan balat daripada pembekal di daerah Kudat, Tawau, Semporna dan Sandakan.

“Balat boleh menjadi antara tarikan pelancong tempatan dan asing seperti Singapura serta China yang berpendapa­t balat yang dijual di sini berkualiti terbaik berbanding lokasi lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BALAT berkhasiat menguatkan tulang dan mengekalka­n kesihatan badan.
BALAT berkhasiat menguatkan tulang dan mengekalka­n kesihatan badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia