Harian Metro

SEDEKAH TIMUN

- Noor Azurin Mohd Sharif cnews@nstp@hmetro.com.my

Petani muda sumbang makanan kepada zoo sebagai satu ibadah

Atas rasa tanggungja­wab dan memikirkan kebajikan haiwan, seorang usahawan muda di negeri ini sanggup menyalurka­n sumbangan 7,000 timun untuk makanan haiwan di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini.

Nurrsyazwa­ni Sahkandar, 24, berkata, pemberian 2.5 tan sayuran itu secara tidak langsung membantu mengurangk­an RM12,000 kos makanan yang diperlukan zoo.

Sumbangan itu, katanya, memberi peluang kepada dirinya melakukan ibadah bukan saja sesama manusia, tetapi juga kepada haiwan.

“Sudah setahun saya menjalanka­n projek tanaman timun ini dan Alhamdulil­lah hasilnya memuaskan dan tidak salah rasanya saya berkongsi rezeki.

“Ia (sumbangan) kali pertama saya menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) selepas projek tanaman timun ini berjaya.

“Sebelum ini, saya buat projek tanaman rock melon, tetapi tidak menjadi. Jika ada pihak yang memerlukan, saya tidak lokek berkongsi rezeki ini,” katanya usaha dilakukan itu diharap membuka mata petani lain zoo juga adalah saluran sesuai berkongsi rezeki biarpun kepada haiwan.

Beliau ditemui di ladang seluas satu hektar yang disewanya di Kampung Lanchang di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Pemasaran dan Jualan Zoo Melaka dan Safari Malam, Ahmad Azizi Ramdan.

Sementara itu, Ahmad Azizi berkata, pihaknya berbesar hati menerima sumbangan timun kerana sayuran itu sememangny­a menjadi satu daripada diet yang diberikan kepada haiwan di zoo.

“Kami dapati timun adalah makanan yang berkhasiat tinggi dan setiap minggu zoo akan membeli dalam satu tan sayuran berkenaan untuk makanan haiwan di sini (zoo).

“Apabila menerima peluang ini (sumbangan timun), kami sememangny­a menanti. Bajet pembelian timun sebelum ini bolehlah disalurkan kepada yang lain,” katanya.

Malah, beliau berkata, melalui sumbangan itu secara tidak langsung menjimatka­n zoo membeli makanan terbabit bagi tempoh dua bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia