Harian Metro

SERANG POLIS DENGAN PARANG

-

Dua penjenayah Geng Rantau mati ditembak

jam 1.30 pagi.

“Kami membuat serbuan di sebuah tapak berhampira­n lokasi dua warga asing itu bersembuny­i sebelum menyerbu sebuah khemah di dalam hutan berhampira­n jam 4 pagi.

“Kedua-dua suspek diminta menyerah diri na- mun mereka menyerang anggota polis dengan parang.

“Sebagai langkah mempertaha­nkan diri, anggota polis melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad.

Mazlan berkata, pemeriksaa­n mendapati tiada pasport ditemui pada kedua-dua suspek terbabit.

“Kami percaya suspek menggunaka­n khemah itu sebagai lokasi persembuny­ian sejak lebih tiga bulan lalu,” katanya.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, pihaknya percaya berjaya menyelesai­kan 18 kes pecah rumah dan samun sejak 2016 hingga kini membabitka­n kerugian sebanyak RM360,000 yang disyaki didalangi suspek berkenaan.

“Dalam kejadian terbaru, mereka dipercayai memecah masuk sebuah rumah di Templer Saujana di sini, dua hari lalu (Rabu). Kami menemui jam tangan berjenama dan telefon bimbit di lokasi kejadian disyaki hasil kegiatan itu.

“Kami percaya berjaya menumpaska­n sindiket pecah rumah dan samun yang aktif di Rawang, terutama sekitar kawasan Taman Templer.

“Polis percaya tiada lagi suspek diburu daripada kumpulan ini. Kami juga akan melakukan risikan bagi mengenal pasti kumpulan pecah rumah dan samun lain di kawasan ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Dalam pada itu, Mazlan turut memberi amaran kepada mereka yang membeli barangan hasil kegiatan samun dan pecah rumah daripada penjenayah.

“Tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab ini menggalakk­an penjenayah melakukan kegiatan itu. Justeru, kami akan mengenal pasti lokasi penjenayah ‘melupuskan’ barang hasil kegiatan terbabit.

“Orang ramai dinasihatk­an jangan membeli barangan tidak diketahui sumber ia diperoleh kerana tindakan itu akan menyebabka­n mereka dalam bahaya,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi dua suspek samun yang ditembak mati di Templer Park, Rawang.
ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi dua suspek samun yang ditembak mati di Templer Park, Rawang.
 ??  ?? MAZLAN (empat dari kiri) melakukan siasatan di lokasi dua suspek samun yang ditembak.
MAZLAN (empat dari kiri) melakukan siasatan di lokasi dua suspek samun yang ditembak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia