Harian Metro

TALI GANTUNG MENANTI NAFI TIPU RM600,000

- Siraj Mohd Zaini siraj@nstp.com.my Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Pengurus syarikat binaan berdepan hukuman mati selepas didakwa bunuh teman wanita

Shah Alam

Seorang pengurus syarikat binaan berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh teman wanitanya, 10 Mac lalu.

Tertuduh, Sobri Abdul Wahab, 40, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarka­n pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang perempuan warga Indonesia, Gusnima, 38, di sebuah apartmen di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara jam 6 petang dan 8 malam pada 10 Mac lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 302

Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati.

Tertuduh yang diwakili peguam Khairul Naim Rafidi memohon mahkamah untuk menghantar tertuduh ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi tujuan pemeriksaa­n dan rawatan psikiatri kerana kurang siuman.

Katanya, tertuduh sebelum ini pernah menjalani rawatan psikiatri di Pusat

Perubatan

Universiti Malaya (PPUM) dengan kali terakhir pada 2016 sebelum berubat secara tradisiona­l.

Mahkamah kemudian membenarka­n permohonan berkenaan dengan tertuduh menjalani rawatan di hospital berkenaan selama sebulan mengikut Seksyen 342(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Muad Ahmad Khairuddin dan kes disebut semula pada 12 April ini. Sebelum ini, media melaporkan Gusnima ditemui mati dibunuh dengan 28 tikaman selepas dipercayai terlalu mendesak kekasihnya untuk berkahwin dengannya.

Kuala Lumpur

Pengerusi Eksekutif Koperasi Hartanah Malaysia Berhad (KOHAMA) sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan menipu seorang pengarah urusan sebuah syarikat kontraktor berhubung Projek Perumahan Mampu Milik 1Malaysia

membabitka­n kerugian RM600,000 lima tahun lalu.

Datuk Jali Sekak, 52, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Jali didakwa menipu M Nordin Abdul Majid, 50, dengan memperdaya mangsa berhubung tawaran untuk mendapatka­n tender kontrak pembinaan rumah mampu milik dan ia mendorong mangsa menyerahka­n wang tunai RM600,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Megan Avenue, Jalan Yap Kwan Seng di sini, pada 29 November 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin.

Terdahulu, Norashikin menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh namun Wan Shahrizal memohon mahkamah memberikan jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah membayar jaminan lebih RM300,000 bagi kes serupa di mahkamah lain. Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 April ini.

Pada 21 Februari lalu, Jali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan menipu enam kontraktor berhubung projek perumahan mampu milik yang sama membabitka­n kerugian RM5.36 juta, tiga tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif KOHAMA didakwa tipu Projek Perumahan Mampu Milik 1Malaysia

 ??  ?? SOBRI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.
SOBRI dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.
 ??  ?? JALI (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam.
JALI (dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia