Harian Metro

PERINTAH BELA DIRI

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Pendakwa berjaya buktikan kes prima facie dua individu pecah amanah RM47.6j

Kuala Lumpur

Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintah­kan dua bekas pegawai kanan FELDA untuk membela diri masing-masing atas dua pertuduhan pecah amanah wang agensi itu berjumlah RM47.6 juta dan bersubahat, empat tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian terhadap bekas Pengarah Besar FELDA, Datuk Faizoull Ahmad, 58, dan bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA, Muhammad Sufi Mahbub, 54, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie.

Mahkamah kemudian menetapkan lima hari bermula 23 Mac ini untuk sambung bicara peringkat bela diri.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Sufi didakwa sebagai orang yang telah diamanahka­n penguasaan ke atas dana FELDA telah melakukan pecah amanah dengan melupus dan meluluskan pembayaran RM25,999,000 dan RM21,625,500 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankua­sa Tender FELDA.

Kelulusan itu dibuat menerusi perjanjian ‘Technology Transfer and Supply Agreement’ dan ‘Design-Build Contract Agreement’ dengan I2C Hassed Co Ltd dan I2C Hassed (M) Sdn Bhd melalui Felda Caviartive Sdn Bhd.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bangunan Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurner, di sini, antara 13 Januari 2014 hingga 23 Julai 2014.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu,

Faizoull pula didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan masa yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama seksyen

409 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman serupa.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala A Heather Marie bertindak bagi Muhammad Sufi manakala Faizoull diwakili peguam Azad Bashir dan Fitra Qalbi Hatta M Zin.

Sepanjang prosiding perbicaraa­n peringkat pendakwaan yang bermula pada 13 Jun 2107 hingga 13 Disember 2017, pihak pendakwaan memanggil 49 saksi untuk memberi

keterangan.

 ??  ?? NORHAFIZI diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas kesalahan memecah masuk rumah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh.
NORHAFIZI diiringi anggota polis keluar dari mahkamah selepas mengaku bersalah atas kesalahan memecah masuk rumah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh.
 ??  ?? MUHAMMAD Sufi
MUHAMMAD Sufi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia