Harian Metro

Ajal pakar ular di bisa tedung

-

“Ketika saya dipatuk ular tedung selar, enam tahun lalu, dia selalu melawat dan memberi kata-kata semangat kepada saya.

“Sebaik dimaklumka­n pemergiann­ya pagi tadi, saya terkejut dan ralat kerana ular juga yang menyebabka­n kematianny­a,” kata Mohd Sabron Jamil Kamaruddin, 30.

Kakitangan Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) itu rakan baik arwah Abu Zarin Hussin, 33, anggota bomba yang meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh, 12.54 tengah malam semalam.

Arwah menghembus­kan nafas terakhir selepas hampir empat hari dirawat sebaik dipatuk ular tedung.

Mohd Sabron berkata, dia mula mengenali Abu Zarin yang popular dengan jolokan ‘Wira Penyelamat’ ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, pada Mac 2012 akibat dipatuk reptilia itu.

Menurutnya, ketika itu Abu Zarin banyak berkongsi cerita mengenai ular.

“Masih terbayang lagi arwah ziarah saya dengan uniform bombanya dan bertanya khabar. Ketika itu, saya dirawat kerana bisa tedung ular betina dipanggil Hana yang menyebabka­n tangan kiri tidak berfungsi.

“Itu pertama kali kami berjumpa, berkenalan dan selepas itu kami menjadi rapat dan sering berkongsi pengalaman mengendali­kan reptilia berbisa.

“Arwah seorang rakan disenangi dan tidak sombong, malah dia tetap meminta nasihat daripada saya bagaimana berdepan ular walaupun dia pakar dan mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

 ??  ?? JENAZAH Abu Zarin diturunkan ke liang lahad oleh anggota bomba dan ahli keluargany­a.
JENAZAH Abu Zarin diturunkan ke liang lahad oleh anggota bomba dan ahli keluargany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia