Harian Metro

Dua lagu ungguli carta iTunes Indonesia

-

Kuala Lumpur: Penyanyi Dayang Nurfaizah terharu apabila lagu dendangann­ya, Di Pintu Syurga dan Lelaki Teragung disenaraik­an dalam 10 karya paling tinggi dibeli menerusi aplikasi iTunes di Indonesia.

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu tiga kali berturut-turut itu sewaktu ditemui di sini berkata, dia mengetahui khabar gembira terbabit melalui peminatnya di sana.

“Saya sendiri tidak tahu perkara ini. Awalnya saya tidak percaya apatah lagi wakil syarikat rakaman tidak berkongsi apa-apa mengenainy­a,” katanya.

Menurut Dayang, peminat itu memaklumka­n kedua-dua lagu mula dijual di iTunes Indonesia selepas ia berada dalam senarai jualan paling laris.

“Kata peminat itu lagi, dia tahu mengenai lagu saya selepas sedutan persembaha­n di Anugerah Juara lagu dimuat naik di YouTube.

“Apabila disenarai dalam lagu paling laris, baru dia sedar kedua-dua lagu ini dan Tak Pernah Menyerah dijual di iTunes,” katanya.

Mengulas lanjut penjualan album dan single popularnya di iTunes di negara seberang, Dayang mengakui dia kurang arif mekanisma yang digunakan.

“Bagaimanap­un melihat perkembang­an itu baru saya faham penjualan setiap karya di setiap wilayah atau negara berbeza.

“Walaupun ia dipasarkan sedikit lewat berbanding Malaysia, saya bersyukur kerana penerimaan pendengar di sana terhadap karya dendangan saya sangat positif,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia