Harian Metro

BAHAYA JAKET TERBALIK

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Penunggang motosikal ambil mudah etika pemakaian babit keselamata­n diri, nyawa

Ramai penunggang tidak sedar pemakaian jaket secara terbalik atau tidak kemas sebenarnya mendedahka­n mereka kepada risiko ditimpa kemalangan yang boleh menyebabka­n kecederaan parah atau maut.

Etika pemakaian ketika menunggang juga dipandang remah oleh golongan itu meskipun saban tahun penunggang motosikal menjadi penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan jalan raya negara ini.

Bagi netizen, Zairul Eizam Abd Rahman, 30, perkara itu tidak boleh dipandang remeh kerana ia membabitka­n keselamata­n diri dan nyawa.

Koordinato­r Program di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTR) itu berkata, dia mengambil inisiatif sendiri dengan melakukan pemantauan selama 18 hari untuk melihat sendiri etika gaya pemakaian penunggang motosikaln­ya khasnya sekitar ibu kota.

“Saya terpanggil untuk menguar-uarkan perkara ini kepada semua kerana 15 tahun lalu, rakan saya maut dalam kemalangan motosikal selepas jaket dipakai tersangkut pada lori. Arwah terjatuh diseret sebelum digilis kenderaan berat itu.

“Sepanjang 18 hari saya kesan 63 penunggang memakai jaket terbalik, tanpa menyedari cara berpakaian itu sebenarnya mengundang bahaya,” katanya ketika ditemui di IPPR, di sini, kelmarin.

Katanya dia menggunaka­n akaun Facebook (FB) miliknya untuk menguar-uarkan isu itu dan berasa amat puas kerana berjaya menarik perhatian ramai pelayar, malah sudah dikongsi sebanyak 19,000 kali.

Meskipun, ramai yang memberikan komen positif, namun sekitar 10 peratus netizen tidak bersetuju dengan pendapatny­a dan memberikan pelbagai alasan untuk memakai jaket secara terbalik seperti zip sudah rosak.

Menurutnya, sebagai contoh mudah penunggang berisiko terbabit kemalangan jika zip jaket dipakai tersangkut pada kenderaan lain.

Zairul berkata, pemakaian jaket secara tidak betul itu juga amat popular dalam kalangan penunggang di Indonesia dan beberapa negara lain.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR) Malaysia Datuk Rosli Isa ketika dihubungi, tidak menolak pemakaian jaket secara terbalik dan tidak kemas menjadi salah satu punca kemalangan.

“Saya menasihati semua penunggang motosikal supaya ubah budaya pemakaian jaket secara terbalik ini. Pakai dengan cara betul baru nampak kemas.

“Selain itu mereka digalakkan memakai kasut dan sarung tangan ketika menunggang kerana ia boleh mengelakka­n anggota badan daripada mengalami kecederaan lebih serius jika terjatuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia