Harian Metro

TAYUM CICAH KICAP

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Kota Kinabalu

Kehadiran landak laut di kawasan perairan bukan saja dikhuatiri membahayak­an keselamata­n manusia, malah mengancam hidupan laut lain terutama terumbu karang.

Melihat kepada fizikalnya yang bulat berwarna hitam selain mempunyai duri panjang dan tajam, pastinya memberi tanggapan menggerunk­an kepada sesiapa saja di laut.

Ia dikatakan bukan saja mengganggu ekosistem kawasan perairan, malah menjadikan­nya kawasan yang tidak sesuai untuk sebarang aktiviti.

Namun berbeza bagi masyarakat Bajau Ubian yang menganggap hidupan laut ini sebagai sumber rezeki dengan menjadikan­nya makanan ataupun untuk dijual kepada penggemarn­ya.

Nelayan dari Kampung Gentisan, Sepanggar, Jul Ismi, 30, berkata, hampir setiap hari dia turun ke laut untuk mencari landak laut atau lebih dikenali sebagai oleh masyarakat Bajau

Ubian.

Katanya, hidupan laut itu sangat mudah didapati terutama di kawasan batu tebing laut namun ramai beranggapa­n ia berbahaya dan tidak bernilai.

“Setiap kali turun ke laut, saya boleh mengutip hampir 100 landak laut. Bagaimanap­un, itu hanya dijadikan lauk untuk

Landak laut di perairan Sepanggar jadi lauk masyarakat Bajau Ubian

hidangan kami sekeluarga di rumah.

“Pernah juga ada yang mengupah saya untuk mengambil hidupan laut ini, tetapi sangat jarang, bukan semua orang suka atau berani makan landak laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Menurutnya, isi sangat manis jika kena dengan masakannya ia boleh menjadi hidangan yang enak.

Seorang lagi penduduk Kampung Gentisan, Muslim Saya, 58, berkata, isi boleh ditumis bersama sayur-sayuran untuk menambah rasa enak pada hidangan.

Katanya, isi yang segar sangat manis boleh dimakan mentah.

“Isi seperti telur ikan. Lebih besar itu, lebih banyak isi. Selain digoreng bersama bawang ia juga boleh dibuat kuih tradisi masyarakat Bajau Ubian.

“Bagi kami ia boleh dimakan terus...cicah kicap dan lada, terus makan dengan nasi,” katanya.

Menurutnya, mungkin ramai yang sukar menelan isi lebih-lebih lagi melihat kepada keadaan fizikalnya yang lembut dan sedikit hanyir, namun ia antara makanan tradisi kegemaran masyarakat Bajau Ubian.

“Landak laut adalah makanan tradisi suku kami dan ia mahal di pasaran, selain digoreng bersama bawang atau dimakan mentah serta dibuat kuih tradisi bagi masyarakat Bajau Ubian,” katanya.

 ??  ?? JUL mengangkat jala dan menunjukka­n hasil tangkapann­ya. JUL menyelam mencari landak laut di pesisir
pantai, di Kampung Gentisan, Sepanggar.
JUL mengangkat jala dan menunjukka­n hasil tangkapann­ya. JUL menyelam mencari landak laut di pesisir pantai, di Kampung Gentisan, Sepanggar.
 ??  ?? HASIL tangkapan landak laut Jul yang dimakan mentah oleh ahli
keluarga di tepi pantai.
HASIL tangkapan landak laut Jul yang dimakan mentah oleh ahli keluarga di tepi pantai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia