Harian Metro

SESAT DI LEBUH RAYA

-

Seekor rusa sambar liar dianggarka­n seberat 80 kilogram (kg) yang dipercayai tersesat cedera akibat dilanggar di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampira­n susur keluar Tambun di sini, malam kelmarin.

Haiwan liar itu diselamatk­an bomba yang menerima maklumat daripada orang awam jam 10.21 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang hadir ke balai bomba bagi melaporkan penemuan rusa yang dilanggar di kawasan berkenaan.

“Bomba kemudian ke lokasi kejadian dan menyelamat­kan haiwan itu sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh.

“Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak kemudian dihubungi untuk dimaklumka­n mengenai kejadian dan hadir ke balai bomba untuk memberi bantuan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, pihak bomba kemudian membantu PERHILITAN Perak menghantar haiwan liar dilindungi itu untuk mendapatka­n rawatan.

Sementara itu, Timbalan

 Rusa sambar cedera kena langgar diselamatk­an

Pengarah PERHILITAN Perak Wan Shaharuddi­n Wan Nordin ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, dia sendiri ke balai bomba untuk melihat haiwan berkenaan yang disahkan jenis rusa sambar.

“Saya mendapat maklumat mengenai kejadian itu jam 11 malam dan terus ke balai bomba untuk melihat keadaan rusa terbabit.

“Rusa berkenaan cedera di kaki dan luka di badan akibat dilanggar,” katanya.

Wan Shaharuddi­n berkata, rusa berkenaan jenis hidupan liar yang dilindungi mengikut Akta Perlindung­an Hidupan Liar dan dipercayai tersesat hingga masuk ke bandar.

“Siasatan dijalankan dari mana rusa berkenaan datang kerana di kawasan berhampira­n tiada hutan.

“PERHILITAN juga akan menjalanka­n siasatan sama ada haiwan terlindung itu mungkin dibela individu tertentu dan terlepas sebelum dilanggar di lebuh raya berkenaan,” katanya.

 ??  ?? RUSA sambar liar cedera dilanggar di Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n susur keluar Tambun.
RUSA sambar liar cedera dilanggar di Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n susur keluar Tambun.
 ??  ?? ANGGOTA bomba menangkap rusa sambar liar dipercayai tersesat.
ANGGOTA bomba menangkap rusa sambar liar dipercayai tersesat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia