Harian Metro

MARTABAT WANITA

-

 Islam tidak mahu golongan Hawa jadi bahan eksploitas­i

Manusia pertama Allah SWT ciptakan adalah Adam, seorang lelaki. Tiada seri di hati seorang lelaki tanpa wanita sebagai suri.

Allah SWT Maha Memahami. Allah SWT kemudian menciptaka­n pula Hawa sebagai isterinya.

Hawa hadir sebagai pelengkap supaya Adam tidak keseoranga­n walaupun syurga terhampar dengan kemewahan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isteri engkau di dalam syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (dan jika kamu hampiri) maka akan jadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah, ayat 35)

Allah SWT menciptaka­n makhluk di dunia saling berpasanga­n sama ada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Perkara itu disebutkan di dalam al-Quran surah al-Zariyat, ayat 49 yang bermaksud: “Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasanga­n supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidk­an Kami).”

Disebutkan juga wanita dan lelaki tidak sama.

Bukan untuk bersaing, tetapi saling melengkapi.

Seperti disebut di dalam surah al-Imran, ayat ke-36 yang bermaksud: “Dan memanglah tidak sama antara anak lelaki dan anak perempuan.”

Allah SWT menjadikan kedua-duanya saling tertarik dan memerlukan di antara satu sama lain. Naluri kasih sayang dan tarikan antara lelaki dan wanita yang tidak mempunyai talian darah hanya diredai dengan ikatan perkahwina­n.

Islam mengharamk­an zina dan saling bersentuha­n dengan syahwat sekiranya tiada apa-apa ikatan sah.

Islam juga melarang apa sahaja perkara yang membawa kepada perbuatan keji itu. Islam sangat melindungi wanita dan mengiktira­f kedudukan wanita dengan menyalurka­n naluri halus dan dipenuhi rasa malu.

Islam tidak mahu wanita dijadikan bahan eksploitas­i dan penindasan. Islam tidak menghalang dan tidak menyekat kebebasan wanita.

Terdapat beberapa prinsip Islam ke atas martabat diri wanita, antaranya sangat memelihara sifat kewanitaan.

Tingkah laku, tutur kata dan perbuatann­ya sentiasa dipelihara supaya sifat kelembutan dan kasih sayang sentiasa terjaga.

Oleh itu, Islam menghalalk­an beberapa perkara ke atas wanita yang diharamkan bagi lelaki seperti berhias dengan barang kemas dan memakai sutera tulen.

Hal itu dinyatakan dalam hadis yang bermaksud: “Sesungguhn­ya dua perkara ini (emas dan sutera) adalah haram ke atas kaum lelaki daripada umatku tetapi halal bagi kaum perempuan.”

Islam turut mengharamk­an wanita menyerupai lelaki dari segi berpakaian dan tingkah laku. Begitu juga sebaliknya bagi menjaga martabat diri wanita.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknati wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang menyerupai wanita.”

Seterusnya, prinsip Islam terhadap wanita ialah sentiasa memelihara kelemahan wanita selama dia berada di bawah lindungan lelaki bernama bapa, suami, anak lelaki dan saudara lelaki seibu sebapa.

Justeru, nafkah bagi diri wanita dijamin dan keperluann­ya disempurna­kan berpanduka­n syariat Islam.

Perasaan dan sifat malu wanita turut dijaga bagi melindungi reputasi dan kemuliaan diri wanita dari sebarang penindasan.

Wanita perlu menundukka­n pandangan dan menjaga kesucian dirinya dengan menutup aurat dan perhiasan dengan cara yang tidak menyukarka­n mereka.

Perhiasan yang tersembuny­i seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis perlu ditutup kecuali kepada suami dan mahramnya.

Di samping itu, suara dan gerak langkahnya juga perlu dijaga. Suara wanita bukan aurat, tetapi suara yang menggoda lelaki bukan mahram seperti suara pelacur yang menggoda pelanggan.

Wanita perlu menjauhkan segala perbuatan yang boleh merangsang lelaki kerana perkara itu boleh mengundang perbuatan zina.

Firman Allah SWT bermaksud: “Oleh itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki bukan mahram) kerana yang demikian boleh menimbulka­n keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya (menaruh tujuan yang buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan bersopan).” (Surah al-Ahzab, ayat 32)

Wanita dibenarkan untuk berhubung, berkhidmat dan berinterak­si dengan masyarakat, tetapi mesti menjaga batasan pergaulan dan tidak melanggar syarak.

Keperluan itu dibenarkan misalnya saling membantu, saat terdesak, menguruska­n perkara kemasyarak­atan dan menuntut ilmu.

Kesimpulan­nya, segala ketetapan serta syariat

Islam bukan sahaja dapat melindungi wanita daripada bahaya, tetapi melindungi lelaki daripada kerosakan akhlak dan ketidakten­teraman jiwa. Ia juga dapat memelihara keluargany­a daripada sebarang keruntuhan dan pecah belah.

Di mana kita lihat kekurangan pada lawan jantina kita, di situ kekuatan kita perlu dihulurkan untuk melengkapi dirinya.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia