Harian Metro

Ganjaran pahala utama soal akhirat

-

antara tujuan dunia dan akhirat, maka gugur kedua-duanya.

2. Seorang makmum mendapati imam sedang sujud. Dia pun takbiratul ihram dan terus sujud bersama imam.

Sebaik bangun daripada sujud dan duduk antara dua sujud dengan niat untuk melakukan sujud kedua, tiba-tiba imam terus bangun.

Adakah dia perlu melakukan sujud yang kedua atau dia dikehendak­i supaya berdiri mengikut imam?

Dia dikehendak­i bangun berdiri mengikut imam dan tidak boleh melakukan sujud yang kedua kerana tidak akan dapat rakaatnya.

Ketika mula takbiratul ihram, dia berniat untuk mengikut imam (dan jika dia melakukan juga maka batallah solatnya) kerana tidak mengikut imam.

3. Bagi orang yang berpenyaki­t waswas sehingga berulang kali mengulangi perbuatann­ya, adakah dimaafkan jika dia ketinggala­n melebihi dua rukun daripada imam?

Tidak diharuskan bagi makmum termasuk mereka yang berpenyaki­t waswas ketinggala­n melebihi dua rukun solat daripada pergerakan imam. Itu tidak dikira sebagai uzur syarie. Kalau itu berlaku maka batal solatnya.

4. Seorang imam sebaik saja memimpin solat jemaah timbul syak adakah niatnya sudah sempurna atau belum.

Adakah dia dibolehkan memperbaha­rui niatnya semula dan menyebut takbir secara perlahan dan diikuti dengan bacaan al-Fatihah dan seterusnya sedangkan makmum sudah pun selesai berniat sebagai makmum dan melakukan takbiratul­ihram?

Jika itu berlaku bagaimana pula dengan solat makmum yang sudah mendahului­nya dengan niat makmum dan sudah melakukan takbiratul­ihram sebelum daripada imam?

Harus bagi imam memperbaha­rui niatnya dan menyebut takbiratul ihram dengan perlahan dan diikuti dengan bacaan al-Fatihah.

Sah solat makmum dengannya walaupun mereka mengetahui perkara itu kerana dalam soal niat, tiada seorang pun dapat mengetahui niat seseorang.

Oleh itu, sekiranya semua makmum mengetahui selepas selesai solat mengenai ketiadaan niat imamnya, tidak perlu mereka mengulangi solat.

Sumber: Kitab Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia